Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, May 30, 2009

Petikan artikel dari http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-disebalik-demam.html

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.


3 comments:

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

Very good entry..boleh menyedarkan sesiapa shj yg membaca so that bila kita sakit,kita boleh aje menyebut 'alhamdulillah'..bukan asyik merungut tak tentu pasal..thanks cza for sharing!

cza said...

thanx ujie..aku dpt dari kawan aku. kbtln aku demam loni. tp dah ok sket dah.

ANAKIRANA said...

betul..org yg demam/sakit tu leh hapuskan dosa2 kecil ..sy baca kat mana ntah tak igt