Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 31, 2009

Nasi Ulam

Untuk sesiapa yang nak try menu nasi ulam. Enak dan berkhasiat untuk dimakan. Sebagai penambah perisa, boleh dimakan bersama dengan budu..memang menyelerakan tau!
Nasi ulam dimakan bersama dengan ikan kembung bakar tawar, perahan limau nipis dan sedikit budu.
Ikan kembung ni saya bakar menggunakan fancy grill. Rasanya memang tidak menghampakan.
Bahan2 sampingan untuk nasi ulam;
Jam 12: Ikan kembung bakar tawar yang telah ditumbuk bersama dengan 1 ulas bawang merah, sedikit halia dan 1 sudu kecil lada hitam.

Jam 3: Ikan bilis goreng
Jam 6: Ikan bilis tumbuk (boleh juga guna udang kering atau ikan masin)
Jam 9: Kelapa parut digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Ulam-ulaman yang dihiris halus, terpulang pada selera masing2.
Akhir sekali semua bahan2 sampingan dan ulam2 digaul bersama dengan semangkuk nasi putih yang telah disejukkan. Hidang dan sedia untuk dimakan bersama dengan orang tersayang!

Menu untuk berbuka puasa tadi..penat betul memasak hari ni..

Nasi Ulam
Plan asal nak masak nasi beriani, tapi rasa mcm tak berapa nak je..so mintak izin hb utk tukar menu ke nasi ulam..nasib baik menjadi, simple dan amat2 berkhasiat. Dimakan bersama dengan ikan kembung bakar tawar dan budu..perghh!! best!!
Sotong Goreng Tepung
Menu khas untuk suami tercinta, his favourite actually..
Kuih Keria
His fav again, kuih keria. Habiskan keledek buat cek mek molek smlm..
Tembikai
Tembikai untuk dimakan dan juga dibuat jus..memang menyamankan betul la bila minum jus buah fresh ni! tak rugi tau buat sendiri.

Sunday, August 30, 2009

Menu berbuka sekejap tadi...spageti bolognaise dan cek mek molek. Agak buntu sket utk decide menu pada hari ini. Last2 saya mintak kebenaran suami utk masak spageti dan cek mek molek. Keledek suami dah belikan ptg semalam. Dah lama teringin nak makan cek mek molek yang dibuat sendiri oleh tanganku ini..akhirnya..sungguh molek dan jadinya. cuma kurang gula..tapi ok la..menu yang sihat kan. Bahan2 utk spageti pula kami beli di Giant ptg tadi. Sebelum tu singgah Billion sekejap sebab nak jumpa bestfriend hb yang kebetulan balik kg mak mertuanya di Taman Maju, Seri Iskandar. Cuma sempat sembang2 sekejap aje, ajak ke rumah bukan boleh hidang apa2 pun.

Spageti Bolognaise in my own style of cooking
Nampak tak cheese tu?? best betul tauu!!

Cek Mek Molek
My first try..not so bad..senang aje nak buat kuih fav saya ni..

Karipap Segera
Saya sungguh tak reti nak buat karipap. So terpaksa la beli yang segera. The taste..hmm...tak digalakkan untuk beli lagi lepas ni.
Epal dan Kurma

Saturday, August 29, 2009

Betul ke menu ni nama otak-otak ikan ya? Sekali tengok macam pegedil pun ada kan? Tapi bonda kesayangan saya memang namakan ia otak-otak ikan. Apa2 la ya, janji selamat dimakan dan yang paling penting sedaapp!
Entry ini khas buat Onenadiana. So kalau Diana nak cuba buat menu ni dipersilakan. Tapi kalau Diana dan Mr. Faisal rasa tak best, jangan salahkan akak pulak nanti.

Bahan-bahan: (untuk 6 keping @ 2 org makan)
2 ekor ikan kembung saiz sederhana (ikan lain akak tak pernah try okeyy)
1 ikat daun kesum (dihiris halus2)
1 senduk besar kelapa parut (lebih pun sedap sebab lebih rasa lemak, tapi kan kita nak menu yang sihat)
3 ulas bawang merah, sedikit halia (1 cm cukup la), secubit garam dan secubit gula (ditumbuk)
1 biji telur (telur ni bertindak sebagai glue, kalau taknak guna pun takpe..tapi untuk dapat bentuk yang elok, lebih baik guna)

Cara-cara:
1. Asingkan isi ikan dan tulang, make sure semua tulang kecik dibuang.
2. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Gaulkan isi ikan bersama bahan2 yang telah ditumbuk, kelapa parut dan hirisan daun kesum.
4. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit ke dalam adunan (lebih kurang separuh sahaja).
5. Bentukkan adunan seperti pegedil dan goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.

Then, bolehlah dimakan panas2. Selamat mencuba ya!

Hari ni kami berdua lambat sket makan nasi waktu berbuka. Selalunya kami berbuka dengan kurma dan terus makan nasi. Tapi ptg td disebabkan masakan yang nak dimasak tu memerlukan bbrp step penyediaan, jadi kami cuma berbuka dengan kurma dahulu. Dah siap solat baru kami makan nasi..ok lah layan dulu juadah berbuka ptg tadi ya.. Antaranya daging salai masak lemak cili padi, kerabu daging+mangga, sayur campur (cendawan+carrot+baby corn), otak-otak ikan+daun kesum dan onde-onde (menu ulangan minggu lepas atas permintaan suami).

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Kerabu Daging+Mangga

Sayur Campur

Otak-otak Ikan+Daun Kesum

Onde-Onde Gula Melaka

Friday, August 28, 2009

Salam semua..alhamdulillah, hari ni genap 7 hari kita berpuasa (bagi yg blm uzur lagi la ya). Setiap hari boleh dikatakan hujan skrg kan. Syukur kerana hujan yang turun itu dapat membersihkan udara di sekeliling kita dan juga menyejukkan muka bumi yang semakin hari semakin panas ini.

Petang tadi saya bertolak balik jam 12.25pm sebaik sahaja tamat kelas dan selamat sampai ke rumah pada jam 2.30ptg. Sepanjang perjalanan, duk terfikir juga apa menu berbuka yang nak dimasak untuk suami tercinta. Siap sms kawan2 lagi semasa driving bertanyakan apa menu yang nak dimasak. Sampai rumah saya rehat sekejap, then kul 4pm saya ke pasar membeli bahan2 utk memasak. Almaklum sajalah, wkend housewife.. Menu hari ni saya decide semasa nak membeli bahan2 tadi. Semuanya berasaskan makanan laut. Last weekend, almost ayam dan daging. Disebabkan kesuntukan masa dan juga penat memandu belum pun hilang lagi, so saya cuma sempat masak 2 jenis lauk dan 1 dessert sahaja. Cukup la utk kami berdua.

Lagipun semasa memandu tadi, saya dengar khutbah solat Jumaat di radio Perak.fm (tiba2 je on channel ni..hehe). Khutbah tadi mengingatkan kita semua supaya tidak membazir di bulan yang mulia ini dan menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit yang mendatangkan kemudaratan pada diri kita. Selain itu makanan yang nak dimakan juga perlulah terjamin kebersihannya dan semestinya halal. Jadi sesuai sangat lah jika kita semua dapat menyediakan sendiri juadah berbuka kan? As for myself, sedih juga sebab kali ini, saya hanya boleh memasak pada hujung2 minggu sahaja. So peluang yang ada ini tak akan sia2kan begitu saja. Baiklah ini antara menu yang dimasak tadi untuk dikongsi bersama. Kadang2 buntu juga kan nak tentukan menu yg nak dimasak...

Siakap Sweet Sour

Sotong Goreng Kunyit

Bute Nako
(menu ulang tayang)

Monday, August 24, 2009

Update..menu berbuka tadi..masak simple2 je. Daging singgang (menu femes kat kelate masa raya korban), daging goreng kunyit bersama kentang goreng, dessert 'bute nako' my style (fav saya ni..menu ore kelate) dan tauhu sumbat pemberian jiran sebelah (membalas pemberian onde2 saya semalam).
Ok la, utk membuatkan anda semua terliur, kat sini saya letakkan gambar2 tu ya.

Daging Singgang
Daging Goreng Kunyit Bersama Kentang Goreng
Dessert 'Bute Nako' My Style
Tauhu Sumbat

P/s : Esok takde la acara masak2 disebabkan rutin saya dah bertukar ke rutin student. Tempat tinggal pun bertukar. Cuma malam ni saya akan masak kari daging sebagai lauk berbuka suami ptg esok, menu ni is special request from him. Ptg Jumaat saya akan balik semula ke rumah dan mungkin wkend ni saya akan balik ke Kelate untuk berbuka puasa bersama Bonda tersayang...semua ini sedang difikirkan. Harap2 tiada aral melintang.


Sunday, August 23, 2009

Ayam Percik
Ikan Percik
Kerabu Mangga
Sayur Cendawan dan Sawi Goreng
Bendi Celur
Onde-onde

Inilah masakan yang sempat saya masak pada ptg tadi utk menu berbuka. Antaranya ialah ayam percik, ikan percik, kerabu mangga, sayur cendawan dan sawi goreng, bendi celur, onde2 gula melaka, carrot susu dan tidak dilupakan kurma.

Dah lama rasanya saya tidak menulis entry menu dari dapur rumah saya. Sebenarnya dapur tu direhatkan sejak saya kembali study. Ada la sesekali masak menu yang simple2, tetapi tak rajin utk posting ke sini. So, sempena mengambil keberkatan Ramadhan yang mulia ini, saya dengan seikhlas hatinya memasak bbrp menu special khas utk suami tersayang. Semoga bertambah pahala menyediakan juadah berbuka utk suami sendiri, dan semestinya terjamin kebersihannya. Terima kasih buat suami yang membantu mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga yang digunakan, so takde la saya penat sorang2 ptg td.

Ramadhan kali ni agak menyedihkan buat kami berdua kerana kami cuma berpeluang utk berbuka dan bersahur bersama hanya di hujung minggu sahaja (3x berbuka dan 3x bersahur). Ini disebabkan tanggungjawab saya yang menuntut sepenuhnya saya berada di tempat lain. Jarak yang memisahkan kami sebenarnya. Namun, syukur kerana masih berpeluang menyambut bulan yang mulia ini bersama2 dengan insan tersayang. Jadi, utk Ramadhan kali ini, saya akan gunakan sebaik2nya menyediakan keperluan untuk suami tercinta.

Thursday, August 20, 2009

Assalamualaikum semua...

Di kesempatan ini, saya (dan suami) ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Terawih.

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Di sini saya ingin
memohon ampun dan maaf, sekiranya ada tulisan saya di dalam blog ini yang menyakitkan hati mana2 pihak. Tiada niat saya untuk maksud tersebut kerana tujuan blog ini diwujudkan hanyalah sebagai tempat untuk saya menulis coretan tentang perjalanan hidup saya, apa yang saya minat dan ingin dikongsi bersama. For me ' Sharing is Caring '. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya, ampun dan maaf kiranya ada tutur kata dan perbuatan saya yang menyakitkan hati anda semua.

Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. InsyaAllah.