Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, August 23, 2009

Ayam Percik
Ikan Percik
Kerabu Mangga
Sayur Cendawan dan Sawi Goreng
Bendi Celur
Onde-onde

Inilah masakan yang sempat saya masak pada ptg tadi utk menu berbuka. Antaranya ialah ayam percik, ikan percik, kerabu mangga, sayur cendawan dan sawi goreng, bendi celur, onde2 gula melaka, carrot susu dan tidak dilupakan kurma.

Dah lama rasanya saya tidak menulis entry menu dari dapur rumah saya. Sebenarnya dapur tu direhatkan sejak saya kembali study. Ada la sesekali masak menu yang simple2, tetapi tak rajin utk posting ke sini. So, sempena mengambil keberkatan Ramadhan yang mulia ini, saya dengan seikhlas hatinya memasak bbrp menu special khas utk suami tersayang. Semoga bertambah pahala menyediakan juadah berbuka utk suami sendiri, dan semestinya terjamin kebersihannya. Terima kasih buat suami yang membantu mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga yang digunakan, so takde la saya penat sorang2 ptg td.

Ramadhan kali ni agak menyedihkan buat kami berdua kerana kami cuma berpeluang utk berbuka dan bersahur bersama hanya di hujung minggu sahaja (3x berbuka dan 3x bersahur). Ini disebabkan tanggungjawab saya yang menuntut sepenuhnya saya berada di tempat lain. Jarak yang memisahkan kami sebenarnya. Namun, syukur kerana masih berpeluang menyambut bulan yang mulia ini bersama2 dengan insan tersayang. Jadi, utk Ramadhan kali ini, saya akan gunakan sebaik2nya menyediakan keperluan untuk suami tercinta.

4 comments:

ANAKIRANA said...

hishhhh giler banyak akak masak...sempat tu..
sedap2 belaka tengok

cza said...

he he he...ana, masa nak makan baru perasan akak dah masak byk sgt..kalau ana jiran akak...sure akak dah pass. semua alhamdulillah sedap, berkat masak utk suami tercinta. lgpun akak mmg kemaruk nak masak smlm!

Madiera said...

waduh2...terliur aku dibuatnya....

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

distance makes love grow ponder cza..