Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, January 14, 2009

Mee Hailam

Mood study punya la malas..tak tau pasai apa..tp mood masak lak menjadi2..ptg ni I masak mee hailam...td sms hubby tanya nak mee kari, mee kuah, mee hailam or mee sup. Hubby reply nak mee hailam..So taraaa...jadi la mee hailam hasil jalan2 ke alam maya ni.

Bahan-bahan:
1/2 paket mee kuning dibasuh dengan air dan ditos
1 keping dada ayam dipotong kecil
3 ekor sotong dipotong bulat
10 ekor udang saiz sederhana
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah dihiris dan digoreng utk dijadikan hiasan
Sayur-sayuran (sawi, kobis, cendawan tiram, carrot) dipotong
1 biji tomato dibelah 4
1 biji cili merah
7 tangkai cili padi hijau
1 sudu besar sos tiram, cili dan tomato dicampurkan bersama
2 sudu besar kicap
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam dan gula
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menumis
2 biji limau kasturi dan lada hitam (optional)
2 cawan air

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan daging ayam, goreng hingga masak.
3. Masukkan sotong dan udang. Setelah hampir masak, masukkan air.
4. Masukkan sos-sos yang telah disebatikan.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran (cendawan, carrot, kobis, sawi, cili merah, cili padi, tomato), mee kuning, kiub pati ayam, kicap, garam dan gula serta bancuhan tepung jagung.
6. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Perahkan limau kasturi dan taburkan serbuk lada hitam serta bawang goreng utk rasa yang lebih sedap.

Apa lagi...jom makan panas2. Sejuk nanti tak sedap. Selamat mencuba.

Tuesday, January 13, 2009

Pancake

Selalunya pancake ni dimakan semasa breakfast. Tapi sebab baru dpt resepi ni dari myresipi.com. So apa salahnya mencuba. Memang senang nak buat pancake ni.

Bahan-bahan:
115 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar
25 gm butter
1 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar. Kalau rajin boleh diayak.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan butter dan sebatikan dengan tepung.
4. Pukul telur dan masukkan dalam tepung. Masukkan susu segar dan kacau menggunakan whisk.
5. Panaskan non stick pan, sendukkan adunan pancake ke dalam pan.
6. Bila nampak gelembung2 pada pancake menunjukkan pancake sudah boleh diterbalikkan.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Sedia untuk dimakan dengan madu atau pun yang sewaktu dengannya.

Ha...menu ni CZa masak sebab tekak ni rasa nak je makan cendawan goreng...tapi ala2 sup gitu. Kebetulan diri ini on diet..so menu ni mmg cukup sesuai la dimakan sebagai ganti makan malam.

Bahan-bahan:
Cendawan tiram
1 ekor sotong
1 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit garam dan gula
1/4 kiub pati ikan bilis
Minyak untuk menumis
1 cawan air

Cara-cara:
1. Siang sotong, bersihkan, potong bulat.
2. Bersihkan cendawan, hiris serong cili merah, bawang putih diketuk, bawang merah
dimayang, tomato dibelah 4.
3. Tumis bawang putih dan bawang merah.
4. Masukkan sotong, bila dah masak boleh la dimasukkan cendawan.
5. Kemudian masukkan air, kiub pati bilis, garam, gula, cili dan tomato.
6. Angkat dan hidangkan.

* Kalau nak masukkan udang, sayur sawi, kobis pun boleh.

Ini menu favourite hubby. Pagi tadi hubby dah minta CZa buatkan. Selalu guna tepung segera. Tapi kali ni, CZa try menu dari http://www.myresipi.com/. Rasanya pun sedap..cuba la..

Bahan-bahan :
5-6 ekor sotong saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam/sulah

Cara-cara:

1. Siang dan bersihkan sotong. Potong bulat dan toskan air.
2. Gaul sotong dengan garam dan lada sulah.
3. Campurkan tepung gandum dengan serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga sebati.
4. Celupkan sotong ke dalam telur.
5. Salutkan sotong dengan tepung.
6. Panaskan minyak dan goreng sotong dengan api sederhana sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan di atas paper towel. Hidangkan panas2 sambil dicicah sos cili.

Sudah agak lama dapur CZa tu tak berasap...punya la malas...so ari ni tiba2 nak masak. Jadi rajinkan diri juga ke Econsave utk beli bahan2 utk dimasak. Abis gak dekat sblh tgn. So menu di awal tahun 2009 ini ialah :-

1. Sotong Goreng Tepung
2. Sayur Cendawan Goreng
3. Pancake