Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, June 25, 2009

Ini menu utk dinner semalam. Udang dan sayur2 sahaja utk menu diet saya di hari minggu. Hujung minggu tak boleh nak diet sangat sebab selalu jalan2 cari makan. Dah 2 kali weekend berturut2 makan kat Cik Peri-peri! This coming weekend harap2 boleh makan steamboat kat Pak Jonis pula.

Friday, June 19, 2009

Cheesetart

Ini cheesetart yang saya tempah from Syerah Omar, a talented housewife, businessminded and creative person. Akak tolong promote ya Syerah.. Cantik dan lemah lembut orangnya, cakap pun perlahan aje. Mummy to Lana yang comel sangat2! Masa pi amik order ni, boleh la tgk Lana secara live, kecik je kat luar banding dalam gambar kat FP mummynya.

Cheesetart ni ada 3 perisa semuanya, blueberry, strawberry dan mango. Semuanya best, rangup dan manis2 buah! Saya mintakkan Syerah kurangkan filling sebab dalam usaha mengurangkan kalori yang diambil sehari2. Rasanya saya kena repeat order sebab hubby pun suka! Saya lagi la suka...hehe

Lama rasanya tak update blog ni, hari2 just buka blog sendiri untuk menyinggah ke blog2 lain yang ownernya rajin update new story. Bbrp hari kblkgn ni saya agak kurang sihat sebenarnya, sejak balik dari acara menjelajah ke negeri2 di utara tanahair. Nanti saya akan update kemudian tentang acara jalan2 tersebut. Betul kata my teman rapat, "mu ni gak, sokmo (selalu) demam bila balik dari jalan jauh2". Mula2 saya fikir kebetulan saja..rupa2nya, it happened again tak sampai sebulan.
Selain dari tu, ada few family problems yang perlu saya selesaikan. Hope semuanya akan reda selepas ini. Saya pun tak lama lagi akan busy semula.

Tapi bukan itu yg saya nak highlightkan kali ini. Sebenarnya nak update menu yang saya masak khas utk diet makan saya tempohari. It was grilled salmon with chopped avocado. So simple but tasty. Salmon tu saya perap dengan sedikit garam dan lada hitam, then grilled dengan olive oil. Avocado dipotong dadu. Lepas tu perah dengan lemon masa nak makan.

Monday, June 8, 2009

Gulai Telur

Ini pula menu utama utk lunch hari ini, gulai kuning telur ayam. Sila abaikan entry2 sy kblkgn ini yang byk memuatkan menu2 yang saya masak, maaf kalau membuatkan anda semua terliur. Tetiba diri ini sungguh rajin memasak disebabkan timbul kesedaran utk mengurangkan makan2 di luar. Yang paling penting, memang kena masak sebab adik perempuan saya yang bongsu ada tinggal bersama buat sementara waktu.
Menu ini tiba2 terfikir utk dicuba (1st try)setelah membaca entry Ujie tentang gulai telur. Mula2 saya ingatkan telur itik, tapi rupanya Ujie menggunakan telur ayam. Selalunya, kalau kat kg, mak sy mesti menggunakan telur itik.
Caranya :
(setelah diolah dari resepi Ujie)
Masukkan santan (RM1) ke dalam periuk, 5 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih yang telah ditumbuk, sedikit serbuk kunyit, 5 hiris lengkuas, 2 keping asam keping, garam dan gula. Masakkan sehingga mendidih. Kuah perlu sentiasa dikacau bagi mengelakkan dari berkeladak (betul ke perkataan ni??). Kemudian masukkan 4 biji telur sebiji demi sebiji (pecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu baru tuangkan ke dalam kuah, hati2 supaya telur kuningnya tidak pecah). Kacau perlahan sehingga telur kuningnya masak. Angkat dan hidangkan.

**Ujie, aku tak masukkan cili kisar, 1 sebab takde stok and 1 lg sebab tekak nakkan gulai warna kuning sekuningnya..nasib baik la rasanya seperti yang aku kehendaki.**

Menu kali ini di'follow' sebijik2 dari blog Ujie, one of my sweetest friend now. TQ and credit to Ujie sebab sudi kongsi resepi dari dapur Chujie. Uniknya menu ini sebab menggunakan air asam jawa. Rasanya amat menepati selera.
Cara Ujie :
Goreng ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit. Angkat ayam. Goreng bawang besar, bawang putih dan cili merah yang dimayang halus. (Ujie, aku tambah hirisan cili padi sebab nakkan pedas). Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kicap. Akhir sekali, masukkan stgh cawan air asam jawa. Kacau sehingga agak kering dan bolehlah diangkat. Sesuai dimakan panas2 dengan nasi putih.

**To Ujie, lepas dah makan td, rasanya next time kena masukkan sedikit hirisan halia muda..sure lg best kan!**

Ini menu khas utk lunch semalam, permintaan dari suami tersayang. Fav menu dia la kiranya. Disebabkan masih ada stok daging hari sebelumnya, jadi tertunai lah permintaan beliau kali ni. Kari daging dimasak bersama dengan kentang.
Caranya :
Daging diperap bersama dengan sedikit rempah kari. Tumis kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga serta halia, bawang merah dan bawang putih yang dimayang halus (kalau suka boleh masukkan daun kari). Masukkan rempah kari yang digaul dengan sedikit air. Masukkan daging dan kacau. Bila air daging dah hampir kering, masukkan air asam jawa, santan, kentang yang telah dipotong, garam dan gula. Setelah daging dan kentang empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

*** saya memang suka kari daging@ayam, sebab boleh dicicah dengan roti***

Saturday, June 6, 2009

Menu ini saya masakkan khas untuk suami tercinta sempena cuti umum Hari Keputeraan YDPA Agong. Suami tersayang cuti hari ini, so tak rugi rasanya memasak utk memikat hati suami.

Pagi tadi kami berdua pergi ke pasar Sitia1 untuk misi mencari tulang barang sekilo dua. Bila melihat pada tulang2 yang ada di atas meja penjual tersebut, saya dengan ramah mulutnya bertanya, "Pakcik, kenapa tulang ni mcm tak berapa nak ada isi je ye?". Terus pakcik tu keluarkan 1 plastik. Rupanya2 itu taktik pakcik tadi menjual. Tulang2 elok yang penuh dengan daging disorok. Bertuah la saya pada pagi tadi (sure sebab niat yang baik kan). Kata pakcik tu, "Ini tulang memang baik punya, utk org2 kita pakcik bg la yang ini, tp kalau utk org2 I****, pakcik ckp itu je yg ada". Hmm...ok jugak pakcik ni. Nasib baik saya pegi pasar dengan suami. Kalau suami pegi sorang2, sure dpt tulang tak de isi (berfikir sendiri - agaknya laa..). So dpt la beli tulang RM20 (1kg is RM15) dan stgh kilo daging (saya mintak yang elok punya) RM9. So menu utk lunch hari ini semuanya berasaskan daging lembu. Abis la diet saya hari ni.

Balik rumah terus bersihkan tulang dan daging tadi. Sblm masak, sempat juga sy tel mek kat kg sebab nak ty cara mek masak sup tulang. Rupanya smlm, mek pun masak sup tulang juga. hmm..kebetulan (Saya takde la rasa bersalah, mula2 td risau juga takut buat mek terliur lak kan). Dah dpt resepi, saya terus ke dapur utk start masak.

Caranya :
Bersihkan tulang. Caranya gaul tulang tersebut dengan sedikit garam, biarkan sebentar, kemudian masukkan air dan dicuci bersih. Kemudian masukkan tulang2 itu ke dalam periuk, masukkan air. Masukkan 1 inci halia, 1 inci lengkuas dan 3 ulas bawang putih (semuanya diketuk ya). Masukkan rempah sup tulang dan sedikit lada hitam tumbuk, sedikit garam dan gula dan juga 1/2 kiub pati lembu. Rebus tulang tersebut sehingga empuk (almost 1 hour). Ini tips saya amalkan selalu untuk mengempukkan daging, setelah kuah sup mendidih, perlahankan api, dan renehkan sup dengan api yang perlahan, sesekali je kacau.
Hidangkan sup tulang ini panas2, untuk menghidang, taburkan bawang merah goreng, hirisan daun sup dan daun bawang, cili padi dan perahan limau nipis. Memang menambat hati suami!

Rindu masakan seorang ibu yang nun jauh di kg halaman. Jadi hari ini saya masak daging koreng kunyit. Resepi asal ibu yang dikasihi.
Caranya :
Daging dihiris nipis2. Perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Tumis bawang putih dan halia (agak2 la ya) yang telah ditumbuk halus. Kemudian masukkan daging. Goreng seketika, dan masukkan sedikit air. Setelah kering air, goreng lagi utk seketika (utk bagi garing). Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat, cili merah dan belahan tomato. Tuangkan sedikit kicap. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Wpun resepi dan cara memasak spt yang selalu dimasak oleh ibu saya, tetapi rasanya masih tidak seperti yang dimasak oleh beliau** hu hu...apa yang tiada ya? Sudah tentu air tangan dan kasih sayang seorang ibu memasak utk anaknya. Jadi hargailah ibu anda semasa beliau masih di muka bumi ini. Kepada yang telah kehilangan ibu, sedekahkanlah Al-Fatihah utk arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Ini pelengkap menu tghr td. Dah lama tak makan sayur yang digoreng mcm ni.
Caranya : Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris, kemudian masukkan sedikit air, 1/4 kiub pati bilis non 'msg', sedikit garam dan gula. Kemudian masukkan kacang buncis yang telah dipotong serong, carrot yang dipotong ikut kreativiti masing2, bawang besar hiris dan cili merah. Setelah sedikit layu, angkat dan hidangkan.

Ha..korang jangan tak caya lak ya. entry ini khas untuk semua rakan2 yang suka ke dapur. Saya nak berkongsi satu tips berguna untuk menjadikan bawang goreng kita tu rangup serangup2nya. Petua berguna ni sy dpt dari Sifu Chef yang paling sy admired! tak lain tak bukan Abg Mat Gebu itu. Sekalung penghargaan utk beliau kerana berkongsi petua ini. Tips yang berguna eloklah dipanjangkan utk org lain kan.

Ok, begini caranya :
1. Kupas bawang merah, cuci bersih dan toskan.
2. Hiris nipis2 bawang tersebut.
3. Campurkan dgn 1/2 sudu kecil guna dan garam halus, gaul rata.
4. Goreng hingga keperangan, angkat dan toskan minyak atas paper towel.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.

Hasilnya memang rangup. Selamat mencuba ya. Bawang goreng ini sesuai ditabur di atas apa jenis sup. Kalau rajin, boleh la buat lebih sket dan simpan, elok utk kesihatan kalau nak dibandingkan dgn bawang goreng apa2 jenama yang kita beli kat kedai tu kan. Just sharing..