Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, January 18, 2010

Ptg ni saya masak udang goreng oat khas utk hb berbuka puasa. Sejak akhir2 ni, mr. hb rajin puasa sunat Isnin dan Khamis. Resepi asal saya amik dari Rinnchan, boleh klik di sini. Sos tu sy guna sos cili thai. Sedap juga resepi ni. Lain kali boleh buat lg.

Menu dinner td tapi dimasak awal lg utk lunch saya dan dinner with hubby.
Resepi asal saya dapat dari sini. For lunch saya makan ayam teriyaki ni dengan nasi dan baby kailan yang dicelur. Ok lah utk mengalas perut di tghr. Makan sorang2 mcm ni la. Mr. Hb mmg tak suka balik lunch kat rumah masa dia keja, lgpun Isnin selalunya dia puasa.

Yang ini utk lunch saya td.

Bihun Sup

Ini pun menu minggu lepas, bihun sup. Tetiba je nak makan bihun sup ni. Masakan biasa2 je sebab nak menghabiskan stok2 sayur mayur dalam peti ais tu. Harap maaf ya jika entry saya dalam blog ni kebanyakannya is masakan2 dari my humble kitchen itu. Sebabnya tuan punya blog ini memang hobinya masak dan makan. Dah rutin seorang isteri utk memasak utk suaminya. Kalau saya rajin, sy akan snap gambar sblm makan, dan jika saya terlebih rajin, sy akan postkan kat blog saya ni.

Sup Siakap

Backdated entry, menu minggu lepas, lupa dah hari apa saya masak menu ni. Sup ikan siakap + sayur2. First time masak sup siakap ni. Sebelum2 ni saya gunakan ikan merah utk buat sup.

Saturday, January 16, 2010

Mamee Sup

Semalam masa pegi Giant, hati teringin nak makan maggi (kenapa semua jenis mee ni dipanggil Maggi ya, wpun jenamanya is Mamee, Cintan ke apa ke). Saya lebih suka Mamee sebab mee nya yg lebih sedap compare to Maggi. So balik rumah, terus ke dapur dan masak menu kegemaran ni. Saya pun dah lupa bila last makan menu ni. Rasanya sejak sambung belajar ni kot saya tak makan mee. Cara masak tak perlu la sy war2kan kat sini sebab rasanya semua org pandai masak mee ni. He he..rindu zaman kanak2 riang dulu, main masak2.
Untuk dikongsi bersama, make sure korang rendam mee tu dgn air panas dulu ya selama bbrp minit. Then toskan, baru masak semula sama ada nak rebus atau goreng. Panduan berguna ni ada dalam entry saya sebelum ini.

Kali ni chicken grilled with black pepper sauce. Cara nak prepare sama je dgn resepi lamb grilled sblm ni.

Thursday, January 14, 2010

Bahan2:
Daging kambing (saya beli yg frozen dah siap potong)

Utk perap :
Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan sedikit garam. Then tuang olive oil dan lumurkan pada daging kambing. Perap selama 3-4 jam. Then panggang (saya guna fancy grill yang dibeli dari En. Taher Mado)

Utk sos lada hitam:
Tumis bawang putih (ditumbuk kasar) dan bawang besar Holland (dipotong dadu) - saya guna sedikit Buttercup dan olive oil utk menumis. Bila dah brown, masukkan lada hitam yang ditumbuk halus. Then masukkan lebih kurang 2 cawan air, kiub pati ayam, sos lada hitam (saya guna brand Life), sos tomato, garam dan gula. Masakkan sos hingga pekat (petua nak pekat, renehkan dengan api yang kecil).

Tuang sos atas daging kambing yang telah siap dipanggang. Utk side dishes tu, terpulang kat kat korang semua ya. Saya cuma grilled few types of vegetables, and buat coleslaw (carrot + cabbage).
Selamat mencuba dear friends!

Sunday, January 3, 2010

Terlebih rajin pulak hari ni, so ada la few entry yang sempat saya update. Ini menu utk breakfast pg td. Saya namakan nasi goreng kasih sayang 2010..haha..sesuka hati saya je nak bagi nama apa pun. Menu ni untuk breakfast, tapi kenyang sampai ke petang. hehe...so tak masak la utk lunch.

Menu for dinner hari ni, cara nak masak cukup senang.
Tumis bawang putih dan bwg besar yg dipotong dadu, masukkan spageti yang telah direbus.
Masukkan sos Prego Traditional, tuna dalam tin, tomato dadu dan sedikit garam dan lada hitam. Siap!

1st try masak fettucine..saya guna sos Prego perisa Alfredo. Letak udang dan sotong. Rasa lebih kurang sama dgn spagetti.