Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, August 29, 2009

Betul ke menu ni nama otak-otak ikan ya? Sekali tengok macam pegedil pun ada kan? Tapi bonda kesayangan saya memang namakan ia otak-otak ikan. Apa2 la ya, janji selamat dimakan dan yang paling penting sedaapp!
Entry ini khas buat Onenadiana. So kalau Diana nak cuba buat menu ni dipersilakan. Tapi kalau Diana dan Mr. Faisal rasa tak best, jangan salahkan akak pulak nanti.

Bahan-bahan: (untuk 6 keping @ 2 org makan)
2 ekor ikan kembung saiz sederhana (ikan lain akak tak pernah try okeyy)
1 ikat daun kesum (dihiris halus2)
1 senduk besar kelapa parut (lebih pun sedap sebab lebih rasa lemak, tapi kan kita nak menu yang sihat)
3 ulas bawang merah, sedikit halia (1 cm cukup la), secubit garam dan secubit gula (ditumbuk)
1 biji telur (telur ni bertindak sebagai glue, kalau taknak guna pun takpe..tapi untuk dapat bentuk yang elok, lebih baik guna)

Cara-cara:
1. Asingkan isi ikan dan tulang, make sure semua tulang kecik dibuang.
2. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Gaulkan isi ikan bersama bahan2 yang telah ditumbuk, kelapa parut dan hirisan daun kesum.
4. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit ke dalam adunan (lebih kurang separuh sahaja).
5. Bentukkan adunan seperti pegedil dan goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.

Then, bolehlah dimakan panas2. Selamat mencuba ya!

5 comments:

onenadiana said...

tq akak.. pasti akan cuba.. Dan saya konfiden mesti sedap...

onenadiana said...

tq akak.. pasti akan cuba.. Dan saya konfiden mesti sedap...

cza said...

selamat mencuba diana..nak lg sedap lebihkan ikan n daun kesum. takpun try tukar ngan ikan tenggiri.

KV said...

macam sedap nya ni. Terliur weh!

cza said...

kalau ikut tekak ambo..mmg la sedap doh..otak2 ni mcm solok ikan la..cuma beza ambo tak sumbat dalam ikan jah..tak reti la.