Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, November 22, 2009

Spaghetti Prawn Olio

Dah lama rasanya saya tak post entry masakan dari dapur saya disebabkan kesibukan yg berpanjangan. So, sempena cuti ni, inilah menu yang baru saja disajikan utk dinner kami pada malam ini. Entah kenapa, tekak saya ni teringin sangat nak makan spaghetti ni..ok la kawan2, saya 'tepek'kan gambar Spaghetti Prawn Olio (garlic and olive oil) selera saya sendiri. Menu ini sungguh healthy sebab menggunakan olive oil. Hubby makan pun bertambah tadi. Kat bawah ni list bahan dan cara masak (utk 2 org - 2 kali makan).

Bahan2:
Spageti (saya pilih San Remo - half bungkus) - rebus selama 10-15 minit dan toskan
Udang (ikut selera masing2)
Cendawan shitake - yang fresh (sila rendamkan dalam air panas utk beberapa ketika) - hiriskan nipis
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar Holland (kaler oren) - potong dadu
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan potong 3
1/2 kiub pati ayam non MSG (saya guna Knorr)
Sedikit garam dan gula
3 sd besar olive oil - utk menumis
Sedikit oregano dan serbuk lada hitam
1/2 cawan air rebusan spageti

Cara2:
1. Tumis bawang putih, bawang besar.
2. Bila bawang dah layu, masukkan cili kering.
3. Then masukkan cendawan dan udang, air rebusan spageti, kiub pati ayam, garam dan gula.
4. Bila dah agak kering, masukkan spageti, oregano dan lada hitam. Kacau2 dah pun siap.
5. Hidangkan utk insan2 tersayang.

4 comments:

Anonymous said...

Akak cuti berapa lama nie? best nye cuti. Kite pulak baru nk habis cuti bersalin.hehehe

Ena said...

best gak resepi nie..

Salam Aidiladha yer kak..

cza said...

a'ah ena..ok jugak..simple dan senang nak masak..
slm aidil adha juga..

cza said...

ijan, akak cuti 5 minggu lebih kurang..dah abis smgu..tgal lagi 4 mgu..
slmt raya korban..best betul makan daging lembu kat sini..jgn jeles ya.