Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, June 6, 2009

Daging Goreng Kunyit

Rindu masakan seorang ibu yang nun jauh di kg halaman. Jadi hari ini saya masak daging koreng kunyit. Resepi asal ibu yang dikasihi.
Caranya :
Daging dihiris nipis2. Perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Tumis bawang putih dan halia (agak2 la ya) yang telah ditumbuk halus. Kemudian masukkan daging. Goreng seketika, dan masukkan sedikit air. Setelah kering air, goreng lagi utk seketika (utk bagi garing). Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat, cili merah dan belahan tomato. Tuangkan sedikit kicap. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Wpun resepi dan cara memasak spt yang selalu dimasak oleh ibu saya, tetapi rasanya masih tidak seperti yang dimasak oleh beliau** hu hu...apa yang tiada ya? Sudah tentu air tangan dan kasih sayang seorang ibu memasak utk anaknya. Jadi hargailah ibu anda semasa beliau masih di muka bumi ini. Kepada yang telah kehilangan ibu, sedekahkanlah Al-Fatihah utk arwah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

2 comments:

Call sekarang untuk IMEJ BARU anda! said...

emmmm..esok aku try deh!!

cza said...

dipersilakan..masak simple2 je la ujie. td masa gi pasor..mata tertengok telur itik..esok aku nak gi beli. buleh la try gulai telur itik resepi hok mu bg tu.