Saturday, February 14, 2009

Simple Salad

Sejak lepas operation on 19 Jan 2009 yang lepas, doc kesayangan sy sapa lagi kalau bukan Dr. Hanif nasihat supaya diet n exercise utk turunkan berat badan. Sebenarnya dah turun juga sejak lepas procedure tu. Cuma exercise tak berani nak buat lagi..takut dalaman belum sembuh sepenuhnya. Rabu lepas lak terima kunjungan dari beloved friend, Linda. Siap bawak salad lagi. Thanx ya Inda..walaupun mu sakit..dtg gak lawat aku yg dah sihat ni. Disebabkan salad yang Inda bawak tu simple n sedap..so CZa pun nak try jugak la buat..so jadi lah Salad Simple ala my style. Modified sket la resepi Inda tu..he he

Bahan-bahan:
Beberapa helai daun salad
Beberapa helai daun kubis
1 biji carrot
2 keping dada ayam
5 keping sosej ayam/daging jenama Ramly
Sos Thousand Island (disyorkan jenama Lady's Choice)
Sedikit garam dan lada hitam/lada sulah

Cara membuat:
1. Hiris kecil daun salad dan kubis, carrot disagat halus.
2. Gaulkan dada ayam dengan sedikit garam dan lada hitam dan kukus bersama dengan sosej.
3. Angkat sosej dan dada ayam dan disejukkan. Sosej dipotong bulat dan dada ayam dicarik-carik kecil.
4. Di dalam mangkuk besar, gaulkan kesemua bahan sayur dan daging.
5. Tuangkan sos thousand island semasa menghidang. Untuk lebih rangup, sejukkan sayuran di dalam peti ais utk seketika. Selamat mencuba!