Sunday, April 11, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, permudahkan urusanku.
Janganlah engkau susahkannya dan semoga ianya berakhir dengan kebaikan.
Ya Allah, berikan aku ilmu yang bermanfaat dan kefahaman.
Amin..

Terima kasih to my beloved friend, Samsiah Deraman atas maksud doa yang dikongsi bersama.

Monday, April 5, 2010

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi2 ini saya nak kongsi menu sihat dari dapur saya. Sejak kblkgn ini, kami memang mengamalkan menu2 sihat memandangkan lemak2 degil semakin sukar untuk dinyahkan dari badan saya ni. Bila umur semakin meningkat, sememangnya kadar metabolisme seseorang semakin berkurang ditambah pula dengan aktiviti2 seharian yang agak terhad.
Sebenarnya ini menu lunch@dinner minggu lepas. Ayam saya perap dengan lada hitam, halia, bawang putih dan sedikit garam. Kemudian grilled dengan olive oil di atas non-stick pan. Salad pula digaul dengan sedikit olive oil, black pepper dan sedikit perahan lemon.