Thursday, April 23, 2009

Semalam ter'rajin' nak buat agar2 karamel lepas jalan2 ke blog Dapur Tanpa Sempadan. So hari ni adalah hari menikmati dessert tersebut. Good things is...aku dah pandai buat karamel@gula hangus after 3 kali try.

Agar2 ni ok jugak rasanya. Tapi kalau nak buat next time, memang kena kurangkan la gula..too manis which is not good for health.

Wednesday, April 22, 2009

Mee Goreng

Ini pulak menu sebelah petangnya, tapi makan masa dinner sebab ptg tu hb pegi pasar malam. So makan makanan yang dibeli kat pasar malam dulu la.
Tak susah nak masak mee goreng ni. Cuma rajin n malas je...kali ni nasib baik mee goreng ni tak masin macam selalu. Petuanya letak kicap dulu, kemudian rasa rencah mee goreng tu, baru letak garam.


Lama jugak tak update new posting. Selalunya rajin menyinggah blog kawan2 aje, sampai blog sendiri dipenuhi sawang. So, hari ni saja nak post menu minggu lepas. Masa ni adik yang duk USM Penang tu balik bercuti panjang sebab study week. So sblm adik balik sana utk final exam, aku masakkan la menu ni.


Ketam Masak Lemak Cili Padi
Pedas betul la masakan kali ni, tp sedap bila dimakan dengan nasi putih panas2.

Sunday, April 12, 2009

Bila tgk pada entry March, langsung takde citer pasal masakan. Sebenarnya bukan langsung tak ke dapur, ada je masak2 tu. Snap gambar, pastu tak rajin nak post ke blog. So terperap je la gambar2 tu dalam folder masakan aku tu. Kalau ditgk pada statistik entry aku ni ..blog ni menjurus kepada masak memasak. Walaupun pada asalnya blog ni diwujudkan untuk bisnes kecil2an aku. So takde salahnya kalau dicampur adukkan pun. Kalau bukak byk2 blog pun tapi tak update takde gunanya jugak..hi hi.

Simple Seafood Spageti
Menu spageti ni khas untuk memperabihkan stok2 dalam peti sejukku. Simple but tasty..yummy!! Guna olive oil utk lebih sedapkan rasa masakan, yet healthy.
Cucur Udang My Style
Cucur udang ni pun utk perabih stok bahan masak.
Popia
Yang ni pulak, 3 hari berderet minum petang ngan popia goreng. Rajin aku dah datang, so buat banyak2 n simpan dalam freezer..bila nak makan, panaskan minyak n goreng je. Sesuai untuk wanita2 berkerjaya. Terfikir gak nak buat byk2 n jual. he he...mcm2!
Kuew Teow Goreng Special - Ala Doli Style
Nampak tak kerang tu? Penat tul nak masak kuew teow mcm makan kat Doli ni. Tapi aku rasa yang aku masak lagi sedap dari Doli tu.
Laksa Utara
Laksa utara ni kena bagi penghargaan to Shidah, kawan baikku kat Perlis..dia yang bagi resepi ni. Lepas ni kena praktis lagi.
Roti Canai Kedai Nasi Kandar Era Lumut
Roti canai ni garing n memang sedap. Tambah2 bila dimakan bersama kari kambing. Kolesterol betul la pagi ahad ari tu.
Cucur Udang
Another cucur udang..tapi yang ni guna udang kering.
Nasi Goreng Kampung Special
Sedaaaappp..Memang best!!
Strawberry Dipped Chocolate
Time musim teringin tiba..jadi jugak buat menu alah ni..memang class!!
Bubur Ayam
Resepi bubur ayam ni amik kat website trymasak. Senang dah mudah dan sedap. Bila makan bubur ni teringat keenakan makan bubur nasi selepas sedar dari operation ari tu. Sedap sangat..kena pi duk kat wad n order lagi ni..he he
Chicken Chop My Style
Jenuh cari chicken cop yg sedap kat area tmpt tinggal aku ni...so senang2 masak je la sendiri..memang puas hati!!!

Actually buat apam ni last week. Tapi tak rajin nak menulis. 1st try jugak ni..apam gula melaka. Mmg my fav kalau resepi2 berasaskan gula melaka @ nise ni. So kali ni try masak apam. Rasanya boleh tahan jugak la..sebab mr hb suka makan.


Bahan-bahan:
Bahan 1
1 cawan air *
1/2 cawan gula melaka * (dalam 2-3 keping)
1 helai daun pandan *
3 camca besar gula pasir * - dimasak, tapis dan sejukkan
Bahan 2
2 cawan tepung gandum
1 camca teh yis
3/4 cawan air - larutkan yis dengan air dan masukkan tepung gandum
Bahan 3
Kelapa parut dan sedikit garam digaul bersama

Cara membuat:
1. Campurkan bahan 1 dan bahan 2. Kacau sebati dan biarkan selama 1 jam pada suhu bilik
2. Panaskan pengukus dan kukus selama 35-40minit.
3. Setelah masak, potong apam dan hidangkan dengan kelapa parut.

Semalam semasa merayau2 ke blog Ah Mat Gebu ternampak la puding karamel. Hati terus terpikat untuk mencuba resepi tersebut. Bahan2 tak cukup, so ptg tu ke Giant bersama hb utk beli bahan2 tu. Jenuh dipujuk, akhirnya hb ikut jua. Tak tau kenapa, bukan tak boleh pegi sorang2 tp rasa selamat kalau cik abe ikut sama.

So, inilah sepotong puding yang sedia untuk disantap. Buatnya semalam, tp petang ni baru terasa makan. Rasa biasa2 aje..tak manis sgt. Ok la utk 1st try. Kepada kawan2 yang nak mencuba boleh la tgk resepi asal dari Chef Norzailina kat sini http://norz-masakan.blogspot.com/2008/11/puding-karamel.html. Layan ya..

Saturday, April 11, 2009


Panduan berguna ini diambil dari blog Chef Norzailina Nordin.

Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.
Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.

:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::


Friday, April 3, 2009

Menu untuk tengahari ini ialah ayam masak lemak cili padi. Resepi ni dapat dari kawan lama, Ina. Thanx ya Ina sebab bagitau cara2 nak masak menu ni style org nogori. Ikutkan depa tak taruk bawang supaya dapat tahan lama. Tapi org kelate mana nak tinggal bawang sebab bawang tu lah yang memaniskan masakan. Menu ini sesuai untuk dimakan di waktu tengahari disebabkan kepedasan masak lemak ini boleh sedikit sebanyak mengeluarkan peluh. Tapi kepada sesiapa yang dalam diet tidak digalakkan kerana kepekatan santan yang digunakan. Nak tau apa hubbyku cakap? "Eiii, ayang masak sedap la. Kuah macam masak ketam". Ya la ..dah namanya masak lemak kan. Cuma bezanya kalau ketam selalunya aku letak serai.

Bahan-bahan:
Ayam (stgh ekor-dipotong kecil))
Santan RM1
1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih, 11 biji cili padi hijau dan 2cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok) (semua bahan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit dicarik2
Garam dan gula

Cara membuat:
1. Tumiskan tanpa menggunakan minyak bahan-bahan yang telah ditumbuk (tips : gunakan non-stick periuk)
2. Masukkan ketulan ayam. Biarkan air dari ayam sehingga kering.
3. Masukkan santan, daun kunyit, asam keping, garam dan gula.
4. Biarkan sehingga mendidih dan ayam empuk. Setelah masak sedia untuk dihidangkan.

Bubur Jagung

Hari ni ter'rajin' pulak pegi ke pasar Sitiawan. Semua gara2 nak bagi dapur berasap ari ni. So resepi pertama yang dimasak hari ini ialah bubur jagung. Plan asal nak masak pengat pisang nangka, tapi pisang nangka tak kelihatan pun kat pasar ari ni. Yang ada jagung..ok la jugak sebab dulu time nak buat bubur jagung, jagung takde. Jadi hari ni leh la lepas kempunan tu. Sorry ya gambar tak berapa clear.

Bahan-bahan:
4 tangkai jagung
1 keping gula melaka
Santan RM1
1 helai daun pandan
3 sudu besar gula (ikut citarasa sendiri)
Sedikit garam
Air

Cara membuat:
1. Bersihkan jagung dan hiris isinya.
2. Rebus hirisan jagung dengan sedikit air.
3. Setelah mendidih, masukkan gula melaka dan daun pandan.
4. Kemudian masukkan santan, gula dan garam.
5. Apabila mendidih, boleh lah diangkat dan dihidangkan.