Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, April 3, 2009

Menu untuk tengahari ini ialah ayam masak lemak cili padi. Resepi ni dapat dari kawan lama, Ina. Thanx ya Ina sebab bagitau cara2 nak masak menu ni style org nogori. Ikutkan depa tak taruk bawang supaya dapat tahan lama. Tapi org kelate mana nak tinggal bawang sebab bawang tu lah yang memaniskan masakan. Menu ini sesuai untuk dimakan di waktu tengahari disebabkan kepedasan masak lemak ini boleh sedikit sebanyak mengeluarkan peluh. Tapi kepada sesiapa yang dalam diet tidak digalakkan kerana kepekatan santan yang digunakan. Nak tau apa hubbyku cakap? "Eiii, ayang masak sedap la. Kuah macam masak ketam". Ya la ..dah namanya masak lemak kan. Cuma bezanya kalau ketam selalunya aku letak serai.

Bahan-bahan:
Ayam (stgh ekor-dipotong kecil))
Santan RM1
1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih, 11 biji cili padi hijau dan 2cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok) (semua bahan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit dicarik2
Garam dan gula

Cara membuat:
1. Tumiskan tanpa menggunakan minyak bahan-bahan yang telah ditumbuk (tips : gunakan non-stick periuk)
2. Masukkan ketulan ayam. Biarkan air dari ayam sehingga kering.
3. Masukkan santan, daun kunyit, asam keping, garam dan gula.
4. Biarkan sehingga mendidih dan ayam empuk. Setelah masak sedia untuk dihidangkan.

1 comments:

Munajah Cinta said...

wowww...'lawa' masak lemak cza. well done fre..heheheh