Sunday, March 21, 2010

Salam hari Ahad semuanya, lunch kat mana ari ni? Kami lunch kat rumah aje. Menu pun cukup simple, saya masak paprik sotong+babycorn+bunga kobis+hirisan bunga kantan+daun limau purut, sayur kangkung goreng tanpa belacan dan ikan kembung goreng pucat (sebab kurang kunyit..hehe). Layan aje gambar2 kat bawah ni ya.

Paprik Sotong

Kangkung Goreng Tanpa Belacan

3 ekor ikan kembung goreng pucat

Thursday, March 18, 2010

Nasi Ayam

Salam semua, entry kali ni pasal nasi ayam pula ya. Tengahari tadi lepas kelas around 11am, saya terus memecut balik ke rumah. Disebabkan hati masih berbunga2 untuk berjumpa si dia, jadi saya menyinggah ke Giant utk beli few things utk dimasak. Menu yang bermain2 dalam kepala is nasi ayam (hasil terjahan ke blog Syerah ptg semalam, thanx ya Dik) atau pun nasi tomato. Tapi masa tengah shopping tu, saya decided to cook nasi ayam buat suami tersayang. Method utk masak kali ni saya just follow step dari blog Syerah ni. Ada ubah2 sket cara masak nasi sebab saya tak guna rempah nasi ayam mak nyonya tu. Just tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang with mentega je. Then masukkan beras yg telah dibersihkan, kacau seketika dan masak dalam rice cooker.

Maka terhasillah nasi ayam yang paling lazat di dunia so far..hehe. Maaf ya, terpaksa memuji diri sendiri sebab itu salah satu cara utk memberi penghargaan pada diri sendiri ya.

Ini pula sup kentang. Bila letak bawang merah goreng sendiri, lagi memberi keenakan pada sup ni.
First time buat sambal kicap utk nasi ayam, sebijik ikut cara Syerah. Memang best! Selamat mencuba ya!

Credit to Syerah sekali lagi kerana sudi berkongsi menu yg best ni.

Thursday, March 11, 2010

Spageti

Menu ulang tayang, spageti lagi. Menu fav. saya dan hubby. Entry pendek je sebab byk keja perlu dibuat sekejap lg. Esok seawal 7am memecut ke kampus sebab ada kelas @9am.

Sunday, March 7, 2010

Sudah lama tidak ke dapur utk acara masak2. Minggu lepas saya dan hb bercuti ke Swiss Garden, Kuantan. Sempat menziarah sahabat2 lama di Kemaman, Kerteh dan Kuantan. Percutian bertukar kepada jejak kasih sahabat lama. So, hari ini baru berkesempatan utk memasak. Menunya ialah nasi lemak special. Specialnya sebab ada sambal udang, tempe goreng dan kangkung celur. Berselera sungguh cik abg syg menjamu selera. Menu ni merangkap brunch dan dinner kami utk hari ni. Esok saya akan balik ke kampus utk study sebab Selasa akan ada test. Up till now, sy belum betul2 fokus utk study.