Saturday, May 30, 2009

Petikan artikel dari http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-disebalik-demam.html

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.


Friday, May 29, 2009

Another version of ayam goreng berempah. Resepi dpt dari web myresipi setelah penat merayau2 mencari menu untuk dimasak hari ini. (Hasil ujikaji yang kurang cun, tapi enak dimakan. Not bad kata si suami..horreyy)

Yang ini pula menu masakan wajib org kelantan, 'ike kembung singge bersama kace mio'. Melayan tekak orang demam, so kena la menu berkuah simple mcm ni.

Ok, yang ni pula menu utk dinner ptg tadi. Kangkung goreng belacan sempena menyahut seruan kawan aku yang nasihat supaya banyakkan makan sayur. Thanx Ina.

One of my favourite, pengat pisang nangka. Aku suka pisang nangka sama ada goreng, pengat, rebus atau makan macam tu aje. Sebab apa aku suka?? Semestinya sebab rasa masamnya itu.

Ini menu ptg smlm. Kawan 'R' sudah datang, so pg smlm aku ke pasar utk mencari bahan2 utk masak since dapur aku tu dah lama duk berehat je..sama jugak dgn blog yg makin penuh dgn sawang. Mana taknya, diri agak sibuk dan kurang sihat. Last monday, teman hb turun KL sebab ada meeting. Sempat la jumpa Yus, kawan baik masa degree dulu. Yus bawak aku gi makan kat Johnny's @JJ Wangsa Maju. Esoknya demam, rasanya sebab kena hujan masa Yus nak antar ke LRT Titiwangsa. (Hb meeting kat Jalan Raja Chulan, so keta park kat situ, n hb dgn baik hatinya teman aku naik monorail ke Titiwangsa. Dari sana, Yus datang amik.

Monday, May 18, 2009

Main menu untuk lauk dinner tadi ialah sup ayam style ibuku..rindu betul masakan seorang ibu. Hari tu masa balik kg, ibuku demam, so tak sampai hati aku nak mintak dimasakkan makanan kegemaran ku.
Sup ayam ni memang nampak kuning sket sebab ayam tu diperap bersama sedikit serbuk kunyit, takde la sup kita tu nampak pucat aje. Sesuai disantap bersama dengan nasi putih panas atau roti putih.
** Cara nak masak ? Senang aje..tumis bawang putih dah halia, masukkan ayam, biarkan separuh masak, masukkan air dan sup bunjut (selalu aku guna brand Adab*). Masukkan kentang (kalau suka), tomato, cili padi kasi pedas sket, garam dan gula. Macam tu la ya korang sup ayam cara ibuku. Resepi ringkas dan senang.

Bila nak masak sayur tauge, tak lengkap rasanya kalau tak dimasak bersama dengan si daun kucai. So petang tadi dah mintak hb belikan sayur2 tu kat kedai sebab diri ini cukup malas utk keluar rumah. Simple je menu ni. Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk, masukkan tauge dan kucai, sos tiram...siap!

Tetiba tekak terasa nak makan sambal belacan pulak hari ni. So dalam kul 7pm td aku menumbuk cili padi untuk dibuat sambal..kung kang kung kang..segan lak kat jiran sebelah dinding umah ni. Dah senja2 duk menumbuk guna lesung batu.
Sambal ni dimakan bersama dengan ulam timun je. Kebetulan itu aje ulam yang dibeli masa ke pasar pg semalam.

Sunday, May 17, 2009

Dari mgu lepas plan nak pegi ke Ipoh, tapi bila bangun pagi tadi cek appointment card aku..rupa2nya kena pegi mgu depan, 24 Mei..hmm..mcmn ni ? mgu depan lak kena balik kg sebab adik ipar nak bertunang..sudahnya kena la aku tukar tarikh. So pagi tadi hb ajak gi pasar, suh aku masak..apa lak menu nak masak ari ni. Bila teringatkan belacan yang aku beli kat Melaka ari tu, terus dtg idea nak masak asam pedas ikan pari. Masa nak beli ikan tu terus niat nak antar lauk ni kat sahabat aku kat Manjung ni sambil antar belacan bulat tu. Sapa lagi kalau bukan ibu kepada Den tu..

So inilah lauk masakan utk lunch hari ni.

P/s : Linda...entry ni aku nak showing off yang aku reti masak n sharing it's taste ngan mu. He he..sorry beb, sebab lambat delivery.

Lauk ini utk adik aku..cukup suka dia makan pedal ayam..risau lak aku. Sesekali boleh la layan tekak ni. Tapi kalau nak makan organ2 dalam ni..elok beli dan masak sendiri..diakui tahap kebersihannya.

Ok, ini menu breakfast merangkap lunch tghr semalam. Cheesy tuna sandwich..dah lama tak buat sandwich menggunakan tuna ni. Simple dan sedap dimakan.

Friday, May 15, 2009

Dah lama dapurku tak berasap. Ptg Isnin tu keluar dengan adik beli bahan2 utk masak, sekarang senang la tak yah drive sendiri..maklum la dah ada driver part time..hehe.. So ini menu yang telah dimasak 2 hari yang lepas. Baru je rajin utk masukkan dalam blog ni..
Sambal sotong, menu fav hubby. dah lama tak masak menu ni..kali ni utk memikat hati suami supaya lebih makan nasi.
Ayam goreng kunyit, yang ini pulak menu fav my sis.
Sup sayur..lengkap sudah hidangan makan malam kami..