Monday, September 14, 2009

Menu utama berbuka tadi, siakap sweet sour. Kali ni ikan siakap tu saya perap guna garam dan kunyit. Sebelum ni guna tepung jagung, tapi disebabkan ketiadaan tepung tersebut, terpaksa la perap guna cara lain. Tapi rasa hampir sama. Utk sos sweet sour tu, saya guna sos cili, tomato dan sos tiram (saya prefer brand Life). Rasanya, memang mendapat pujian dari en hubby tercintaaaa (hatinya pasti gembira kerana dapat menyelamatkan poketnya dari berbelanja makan kat luar..hehe..).


Sunday, September 13, 2009

Ini salah satu menu berbuka petang td, ketupat sotong @ sotong sumbat.
Sila abaikan warna yang agak kecoklatan ituss..yang penting, sedap dan enak dimakan begitu saja..hehe..


Friday, September 4, 2009

Menu berbuka hari ini ialah spageti carbonara dan pizza roti gardenia Ujie's Style. Both amat menyelerakan sekali! TQ Ujie for sharing the recipes!

Spageti Carbonara
Pizza Roti Gardenia - Ujie Style
P/s: Ujie..kenapa pizza aku tu berderai2 sket? Tapi wpun berderai2, rasanya memang sedap!! langsung tak menghampakan!! TQ for sharing!

Salam, apa khabar sahabat2 semua? semoga sihat walafiat hendaknya. Entry kali ini khas untuk teman yang berada nun jauh di perantauan.., Ira Yusof. Ira ni org Johor, teman masa kami sama2 belajar di form 4&5 kat MRSM Pengkalan Chepa. Sekarang beliau sedang sambung PhD di bumi UK..(bila la aku nak ke sana ni Ira??)
So Ira, mu jangan kembang kempis lak bila baca entry ni khas utk mu deh. Nanti boleh la cuba resepi ayam percik ni ya, simple aje..dan harap2 menepati selera mu n hb deh.

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong dua) / 4 ekor ikan kembung
Bahan perap:
2cm inci halia
2cm inci kunyit
2-3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam
(ditumbuk dan diperap pada ayam atau ikan, dan dibiarkan selama 1-2 jam)
Kuah percik:
Santan (kalau kat sini dalam RM2)
*15-20 biji cili kering
*1 biji bawang besar (nak lebih pun takpe)
*1 ulas bawang putih
*1cm inci halia
*2cm kunyit (pandai2 la korang agak ya - guna serbuk kunyit pun boleh)
5 batang serai diketuk (3 utk kuah, 2 utk percik kuah kat ayam)
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping/gelugor/asam jawa (ikut mana ada kat bumi UK la Ira ya..)
1 cawan air

Bahan bertanda * diblend together

Cara-caranya:
1. Bakar ayam ikut la nak guna peralatan apa, tapi memang takleh lawan cara tradisional la, bakar atas arang)
2. Masuk bahan2 yang diblend dan juga 3 batang serai ke dalam santan yang dicampurkan sedikit air. Masak atas api yang perlahan sambil dikacau2 (kena sentiasa kacau sebab taknak bagi kuah tu bergumpal2).
3. Then masukkan garam, gula dan asam keping.
4. Bila kuah agak pekat, sendukkan sedikit kuah ke dalam mangkuk kecil dan gunakan 2 batang serai utk percikkan kuah pada ayam yang dibakar (masa ni ayam dah dekat2 nak masak tau, jangan lak mu percikkan time ayam duk mentah lg). Balik2kan ayam beberapa kali, each balikan, percik the kuah tu ya.
5. Bila agak2 dah sedang elok masaknya, cantiknya, rupanya, boleh la diangkat. Letak dalam pinggan dan tuangkan baki kuah percik tu kat atas ayam tadi. sedia la utk dimakan panas2. (kalau nak makan lebih dari 1 round, jgn tuangkan kuah atas semua ayam, sebab nanti macam tak best bila dipanaskan, masa nak makan baru tuangkan kuah yg telah dipanaskan).

Selamat mencuba ya Ira, harap2 mu pehe la cara2 aku masak ayam percik ni. Setiap org tak sama cara masak. Resepi ni mak aku yang perturunkan. Huhu..sedih ni...dekat2 nak raya baru boleh balik merasa ayam percik ibuku..