Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum, apa khabar? Semoga semuanya dilimpahi rahmat olehNya sentiasa. Petang tadi buntu juga memikirkan apakah menu makan malam yang hendak dihidangkan buat suami. Hampir jam 5ptg, hb sms bertanyakan apa yang perlu dibelikan. So saya dgn pantasnya menaip list bahan2 yang perlu dibelikan. Sungguh gembira sebab saya tak perlu keluar membeli bahan2 tersebut. Bukan malas, tetapi saya masih fobia untuk me'reverse' kereta disebabkan incident seminggu yang lepas. Cuma insan2 tersayang je yang tau kisah itu. Hb sampai ke rumah dengan wajah yang ceria sebab berjaya 'menangkap' 2 ketul potongan ikan merah, sotong dan juga udang. Bahan2 asas memasak memang telah sedia ada.

Dipendekkan ayat, gambar di atas menunjukkan menu yang telah saya sediakan untuk dinner tadi dan semestinya syukur kerana telah mendapat pujian dari suami terchenta!! Ikan merah panggang (seasoned with grounded black pepper and salt) dan kerabu sotong+udang+tomato+carrot, eat without rice..simply delicious.

Tuesday, February 23, 2010

Tak tau kenapa rasa nak makan sardine roll ni. Mungkin kalau beli kat luar sure saya rasa tak puas hati bila memakannya. Selalunya intinya ciput je kan? Dan always byk bawang dari sardin, betul tak? Apa2 pun lg best kalau kita buat sendiri. Boleh letak inti sesuka hati. Sepatutnya menu ni utk breakfast, tapi sudahnya hb nak bawak pegi ofis. Saya lak nak bawak balik hostel, tp luckily tgh dok bersiap2 tu dpt sms bgtau kelas cancel. Jadi saya dengan suka hatinya dpt lepak2 kat rumah lg sambil menikmati sardin roll ini. Lepak2 juga, FB2 juga..tp sy tetap study sejam dua. Test is around the corner je ni.

Untuk tidak menghampakan sorang sahabat yang berada nuunn di Kudat sana, so sy rajinkan juga diri utk menaip cara2 nak buat sardine roll ni.

1. Tumis bawang besar+merah+putih yang dimayang halus.
2. Then masukkan tomato yg didadu (sila buang biji).
3. Masukkan sardine in tomato sauce (cap Ayam). Brand lain sy kurang percaya. Hancur2kan ikan. Bagi bukan pemakan sardin, boleh gantikan dengan tuna chunk.
4. Masukkan sedikit garam, sos tomato dan serbuk lada hitam.
5. Masakkan inti sehingga hampir kering. Kalau tak kering nti keluar airnya masa kita goreng. Tak cantik ya puan2. Then sejukkan inti tu.
6. Ambil beberapa keping roti putih brand Gardenia, then gelekkan guna kayu penggelek sehingga nipis. Utk setin sardin saiz sederhana, sy dpt buat 13 biji sardine roll.
7. Masukkan inti dan roll kan kepingan roti tersebut. Last roll tu letakkan bancuhan tepung gandum+air. Tujuannya utk melekatkan supaya gulungan tak terbuka semasa menggoreng.
8. Panaskan minyak, then goreng guna api sederhana. Sedia utk dihidangkan dan memang best dimakan panas2!

P/s: Saya tak celup dalam telur, sebab nak kekalkan rasa asli roti tersebut. Selamat Mencuba!!

Ini pula sosej roll yang sy buat bbrp hari lepas. Saja sekalikan entry sebab method lebih kurang sama, cuma gantikan inti dengan soses yang direbus seketika. Next sy teringin nak buat banana roll pulak. Mcm best je..harus cari pisang berangan ni.


Wednesday, February 3, 2010

Maafkan tuan rumah kerana sudah lama tidak buat entry pasal masakan kerana tuan rumah sibuk bercuti2 Malaysia (ke Sg Petani dan Fraser's Hill). So hari ni saya updatekan menu dinner semalam, home made burger. Lebih tepat, daging burger buat sendiri. Roti minta mr. hb belikan lepas beliau balik dari keja. Alkisahnya pg smlm 8.40am bertolak ke kampus for kelas 11am-1pm. Sampai sana jam 10.30am, sempat la rehat jap before kelas. Right after kelas, terus memecut balik Manjung, ingat nak stop kat R&R Semanggol for lunch, tapi tak jadi. Then ada roadblock lepas R&R tu..so jalan quite slow. Nasib baik my AGS selamat. Sampai Manjung around 3pm, terus ke Billion utk beli bahan2 masak sebab perut dah lapar sgt (nak beli mcm tak tau nak makan apa). Balik rumah start prepare utk masak. Utk minum petang, sy buat cek mek molek. For dinner burger aje la. Hb sampai makan 2 ketul burger. Sian lak tgk sebab sy mmg kurangkan masak nasi sekarang.
Utk share cara buat daging burger sendiri, idea sendiri lepas tgk rancangan2 memasak kat TV.
Bahan2:
Daging lembu kisar (Ramly)
Bawang Holland (potong dadu halus)
Daun bawang (hiris halus)
Lada hitam ditumbuk
Sedikit garam
Cara2:
1. Gaulkan kesemua bahan2, buat bulat2 mcm daging burger. Then masukkan dlm peti ais sekejap.
2. Kemudian grill atas non-stick pan (tak perlu guna minyak).
3. Balik2kan daging, bila hampir masak tuangkan sos lada hitam (sy guna Life).
4. Angkat dan sedia utk dihidang bersama roti burger (Gardenia), salad, timun dan tomato.