Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum, apa khabar? Semoga semuanya dilimpahi rahmat olehNya sentiasa. Petang tadi buntu juga memikirkan apakah menu makan malam yang hendak dihidangkan buat suami. Hampir jam 5ptg, hb sms bertanyakan apa yang perlu dibelikan. So saya dgn pantasnya menaip list bahan2 yang perlu dibelikan. Sungguh gembira sebab saya tak perlu keluar membeli bahan2 tersebut. Bukan malas, tetapi saya masih fobia untuk me'reverse' kereta disebabkan incident seminggu yang lepas. Cuma insan2 tersayang je yang tau kisah itu. Hb sampai ke rumah dengan wajah yang ceria sebab berjaya 'menangkap' 2 ketul potongan ikan merah, sotong dan juga udang. Bahan2 asas memasak memang telah sedia ada.

Dipendekkan ayat, gambar di atas menunjukkan menu yang telah saya sediakan untuk dinner tadi dan semestinya syukur kerana telah mendapat pujian dari suami terchenta!! Ikan merah panggang (seasoned with grounded black pepper and salt) dan kerabu sotong+udang+tomato+carrot, eat without rice..simply delicious.

4 comments:

Diarihatiku1976 said...

fuhh.. lama dah tak makan ikan merah ni...

eynda said...

Sedapnyer makan cam tu :-)

onenadiana said...

Kak Za.. ni sesuai untuk menu diet.. tak makan nasi pun...

Azrind Binti Othman said...

menu yg sihat dan sesuai utk diet..tapi kalo seafood, udang n sotong tinggi juga kalorinya...keta baru kakza..langgar gapo??