Tuesday, February 23, 2010

Tak tau kenapa rasa nak makan sardine roll ni. Mungkin kalau beli kat luar sure saya rasa tak puas hati bila memakannya. Selalunya intinya ciput je kan? Dan always byk bawang dari sardin, betul tak? Apa2 pun lg best kalau kita buat sendiri. Boleh letak inti sesuka hati. Sepatutnya menu ni utk breakfast, tapi sudahnya hb nak bawak pegi ofis. Saya lak nak bawak balik hostel, tp luckily tgh dok bersiap2 tu dpt sms bgtau kelas cancel. Jadi saya dengan suka hatinya dpt lepak2 kat rumah lg sambil menikmati sardin roll ini. Lepak2 juga, FB2 juga..tp sy tetap study sejam dua. Test is around the corner je ni.

Untuk tidak menghampakan sorang sahabat yang berada nuunn di Kudat sana, so sy rajinkan juga diri utk menaip cara2 nak buat sardine roll ni.

1. Tumis bawang besar+merah+putih yang dimayang halus.
2. Then masukkan tomato yg didadu (sila buang biji).
3. Masukkan sardine in tomato sauce (cap Ayam). Brand lain sy kurang percaya. Hancur2kan ikan. Bagi bukan pemakan sardin, boleh gantikan dengan tuna chunk.
4. Masukkan sedikit garam, sos tomato dan serbuk lada hitam.
5. Masakkan inti sehingga hampir kering. Kalau tak kering nti keluar airnya masa kita goreng. Tak cantik ya puan2. Then sejukkan inti tu.
6. Ambil beberapa keping roti putih brand Gardenia, then gelekkan guna kayu penggelek sehingga nipis. Utk setin sardin saiz sederhana, sy dpt buat 13 biji sardine roll.
7. Masukkan inti dan roll kan kepingan roti tersebut. Last roll tu letakkan bancuhan tepung gandum+air. Tujuannya utk melekatkan supaya gulungan tak terbuka semasa menggoreng.
8. Panaskan minyak, then goreng guna api sederhana. Sedia utk dihidangkan dan memang best dimakan panas2!

P/s: Saya tak celup dalam telur, sebab nak kekalkan rasa asli roti tersebut. Selamat Mencuba!!

Ini pula sosej roll yang sy buat bbrp hari lepas. Saja sekalikan entry sebab method lebih kurang sama, cuma gantikan inti dengan soses yang direbus seketika. Next sy teringin nak buat banana roll pulak. Mcm best je..harus cari pisang berangan ni.


3 comments:

kirana said...

suka mkn sosej roll tu..dok belek la tgk macam mana depa gulungbg lekat semua tu ehhee..
rupanya kena gelek dulu yer...
nnt try cuba tgk..bila tak tau lagi :P

CheZa said...

hehe..bila2 je blh try ana.

onenadiana said...

betul kak za, sardin adalah makanan yg sgt best and kalau nak sardin roll/ karipap sardin semua ciput je isi sardin.. baik la buat sendiri.. mlm2 ni terliur la pulak..

Kekadang saya pakai kulit popiah je kak za.. letak sardin or isi karipap kalau malas nak canai tepung (utk karipap)