Monday, May 18, 2009

Sup Ayam My Mom Style

Main menu untuk lauk dinner tadi ialah sup ayam style ibuku..rindu betul masakan seorang ibu. Hari tu masa balik kg, ibuku demam, so tak sampai hati aku nak mintak dimasakkan makanan kegemaran ku.
Sup ayam ni memang nampak kuning sket sebab ayam tu diperap bersama sedikit serbuk kunyit, takde la sup kita tu nampak pucat aje. Sesuai disantap bersama dengan nasi putih panas atau roti putih.
** Cara nak masak ? Senang aje..tumis bawang putih dah halia, masukkan ayam, biarkan separuh masak, masukkan air dan sup bunjut (selalu aku guna brand Adab*). Masukkan kentang (kalau suka), tomato, cili padi kasi pedas sket, garam dan gula. Macam tu la ya korang sup ayam cara ibuku. Resepi ringkas dan senang.

2 comments:

kirana said...

tak pernah cuba letak cuka ngn cili padi lagik..sbb takut aiman tak makan..

oo agaknya kat kedai2 tu rasa masam2 tu cuka la ek..ermmm

Zawiyah said...

ana..mana letak cuka dalam sup..kalau nak masam..masa nak hidang tu perah je limau nipis sehiris dua..baru ada kick!