Thursday, March 18, 2010

Nasi Ayam

Salam semua, entry kali ni pasal nasi ayam pula ya. Tengahari tadi lepas kelas around 11am, saya terus memecut balik ke rumah. Disebabkan hati masih berbunga2 untuk berjumpa si dia, jadi saya menyinggah ke Giant utk beli few things utk dimasak. Menu yang bermain2 dalam kepala is nasi ayam (hasil terjahan ke blog Syerah ptg semalam, thanx ya Dik) atau pun nasi tomato. Tapi masa tengah shopping tu, saya decided to cook nasi ayam buat suami tersayang. Method utk masak kali ni saya just follow step dari blog Syerah ni. Ada ubah2 sket cara masak nasi sebab saya tak guna rempah nasi ayam mak nyonya tu. Just tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang with mentega je. Then masukkan beras yg telah dibersihkan, kacau seketika dan masak dalam rice cooker.

Maka terhasillah nasi ayam yang paling lazat di dunia so far..hehe. Maaf ya, terpaksa memuji diri sendiri sebab itu salah satu cara utk memberi penghargaan pada diri sendiri ya.

Ini pula sup kentang. Bila letak bawang merah goreng sendiri, lagi memberi keenakan pada sup ni.
First time buat sambal kicap utk nasi ayam, sebijik ikut cara Syerah. Memang best! Selamat mencuba ya!

Credit to Syerah sekali lagi kerana sudi berkongsi menu yg best ni.

0 comments: