Friday, April 3, 2009

Bubur Jagung

Hari ni ter'rajin' pulak pegi ke pasar Sitiawan. Semua gara2 nak bagi dapur berasap ari ni. So resepi pertama yang dimasak hari ini ialah bubur jagung. Plan asal nak masak pengat pisang nangka, tapi pisang nangka tak kelihatan pun kat pasar ari ni. Yang ada jagung..ok la jugak sebab dulu time nak buat bubur jagung, jagung takde. Jadi hari ni leh la lepas kempunan tu. Sorry ya gambar tak berapa clear.

Bahan-bahan:
4 tangkai jagung
1 keping gula melaka
Santan RM1
1 helai daun pandan
3 sudu besar gula (ikut citarasa sendiri)
Sedikit garam
Air

Cara membuat:
1. Bersihkan jagung dan hiris isinya.
2. Rebus hirisan jagung dengan sedikit air.
3. Setelah mendidih, masukkan gula melaka dan daun pandan.
4. Kemudian masukkan santan, gula dan garam.
5. Apabila mendidih, boleh lah diangkat dan dihidangkan.


0 comments: