Sunday, April 12, 2009

Apam Gula Melaka

Actually buat apam ni last week. Tapi tak rajin nak menulis. 1st try jugak ni..apam gula melaka. Mmg my fav kalau resepi2 berasaskan gula melaka @ nise ni. So kali ni try masak apam. Rasanya boleh tahan jugak la..sebab mr hb suka makan.


Bahan-bahan:
Bahan 1
1 cawan air *
1/2 cawan gula melaka * (dalam 2-3 keping)
1 helai daun pandan *
3 camca besar gula pasir * - dimasak, tapis dan sejukkan
Bahan 2
2 cawan tepung gandum
1 camca teh yis
3/4 cawan air - larutkan yis dengan air dan masukkan tepung gandum
Bahan 3
Kelapa parut dan sedikit garam digaul bersama

Cara membuat:
1. Campurkan bahan 1 dan bahan 2. Kacau sebati dan biarkan selama 1 jam pada suhu bilik
2. Panaskan pengukus dan kukus selama 35-40minit.
3. Setelah masak, potong apam dan hidangkan dengan kelapa parut.

0 comments: