Sunday, October 12, 2008

Makaroni Goreng


Assalamualaikum...hmm....lama betul tak publish post kat blog CZa ini. Now dah jumpa new hobby. Sejak jumpa blog Abg Mat Gebeww tu..terus excited nak masak n post kat blog. So ptg td CZa masak Makaroni Goreng untuk my beloved hubby, ari ni last day Abang puasa 6. So esok abang boleh la beraya sekali lagi. Resepi ini diolah dari resepi Pasta Goreng Abg Mat Gebeww...thanx ya. Dah mintak halal hari tu. Cuma CZa guna makaroni sebab mmg dah sedia ada stok, tak perlu membazir. Tapi CZa olah ikut kreativiti sendiri, sebab CZa memang minat masak.

Bahan-Bahan :-

200g pasta apa2 jenis, direbus hingga lembut dan toskan (CZa guna makaroni)
1 tin sos spageti Campbell perisa tomato, basil and garlic (CZa guna brand Prego perisa Traditional)
1 biji bawang besar didadu (CZa guna bawang besar yang kaler oren sebab mmg selalu guna bawang ni)
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 biji cendawan butang segar/dalam tin dihiris (CZa guna 9 biji tomato ceri dibelah dua)
4 biji cili padi dihiris halus (CZa tambah cili merah dan cili hijau yg dihiris halus - optional)
1 tin tuna dalam tin ditoskan (CZa guna Ayam brand)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak zaitun (CZa guna minyak jagung je)
Sedikit hirisan daun kuchai (tak guna sebab takde stok)

Cara membuatnya : Ini cara CZa sendiri

Panaskan minyak jagung dalam kuali
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum
Masukkan sos spageti hingga mendidih
Masukkan tuna, makaroni, cili yang dihiris, tomato ceri, lada hitam. Gaul rata
Tambah sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Bila makaroni telah agak kering, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

0 comments: