Friday, August 28, 2009

Salam semua..alhamdulillah, hari ni genap 7 hari kita berpuasa (bagi yg blm uzur lagi la ya). Setiap hari boleh dikatakan hujan skrg kan. Syukur kerana hujan yang turun itu dapat membersihkan udara di sekeliling kita dan juga menyejukkan muka bumi yang semakin hari semakin panas ini.

Petang tadi saya bertolak balik jam 12.25pm sebaik sahaja tamat kelas dan selamat sampai ke rumah pada jam 2.30ptg. Sepanjang perjalanan, duk terfikir juga apa menu berbuka yang nak dimasak untuk suami tercinta. Siap sms kawan2 lagi semasa driving bertanyakan apa menu yang nak dimasak. Sampai rumah saya rehat sekejap, then kul 4pm saya ke pasar membeli bahan2 utk memasak. Almaklum sajalah, wkend housewife.. Menu hari ni saya decide semasa nak membeli bahan2 tadi. Semuanya berasaskan makanan laut. Last weekend, almost ayam dan daging. Disebabkan kesuntukan masa dan juga penat memandu belum pun hilang lagi, so saya cuma sempat masak 2 jenis lauk dan 1 dessert sahaja. Cukup la utk kami berdua.

Lagipun semasa memandu tadi, saya dengar khutbah solat Jumaat di radio Perak.fm (tiba2 je on channel ni..hehe). Khutbah tadi mengingatkan kita semua supaya tidak membazir di bulan yang mulia ini dan menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit yang mendatangkan kemudaratan pada diri kita. Selain itu makanan yang nak dimakan juga perlulah terjamin kebersihannya dan semestinya halal. Jadi sesuai sangat lah jika kita semua dapat menyediakan sendiri juadah berbuka kan? As for myself, sedih juga sebab kali ini, saya hanya boleh memasak pada hujung2 minggu sahaja. So peluang yang ada ini tak akan sia2kan begitu saja. Baiklah ini antara menu yang dimasak tadi untuk dikongsi bersama. Kadang2 buntu juga kan nak tentukan menu yg nak dimasak...

Siakap Sweet Sour

Sotong Goreng Kunyit

Bute Nako
(menu ulang tayang)

0 comments: