Monday, August 31, 2009

Nasi Ulam

Untuk sesiapa yang nak try menu nasi ulam. Enak dan berkhasiat untuk dimakan. Sebagai penambah perisa, boleh dimakan bersama dengan budu..memang menyelerakan tau!
Nasi ulam dimakan bersama dengan ikan kembung bakar tawar, perahan limau nipis dan sedikit budu.
Ikan kembung ni saya bakar menggunakan fancy grill. Rasanya memang tidak menghampakan.
Bahan2 sampingan untuk nasi ulam;
Jam 12: Ikan kembung bakar tawar yang telah ditumbuk bersama dengan 1 ulas bawang merah, sedikit halia dan 1 sudu kecil lada hitam.

Jam 3: Ikan bilis goreng
Jam 6: Ikan bilis tumbuk (boleh juga guna udang kering atau ikan masin)
Jam 9: Kelapa parut digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Ulam-ulaman yang dihiris halus, terpulang pada selera masing2.
Akhir sekali semua bahan2 sampingan dan ulam2 digaul bersama dengan semangkuk nasi putih yang telah disejukkan. Hidang dan sedia untuk dimakan bersama dengan orang tersayang!

0 comments: