Thursday, January 14, 2010

Bahan2:
Daging kambing (saya beli yg frozen dah siap potong)

Utk perap :
Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan sedikit garam. Then tuang olive oil dan lumurkan pada daging kambing. Perap selama 3-4 jam. Then panggang (saya guna fancy grill yang dibeli dari En. Taher Mado)

Utk sos lada hitam:
Tumis bawang putih (ditumbuk kasar) dan bawang besar Holland (dipotong dadu) - saya guna sedikit Buttercup dan olive oil utk menumis. Bila dah brown, masukkan lada hitam yang ditumbuk halus. Then masukkan lebih kurang 2 cawan air, kiub pati ayam, sos lada hitam (saya guna brand Life), sos tomato, garam dan gula. Masakkan sos hingga pekat (petua nak pekat, renehkan dengan api yang kecil).

Tuang sos atas daging kambing yang telah siap dipanggang. Utk side dishes tu, terpulang kat kat korang semua ya. Saya cuma grilled few types of vegetables, and buat coleslaw (carrot + cabbage).
Selamat mencuba dear friends!

4 comments:

Diarihatiku1976 said...

saya tak boleh makan kambing.. tapi takde drah tinggi.. kalo makan jer terus tumbang.. ahahahha

Ena said...

Sedapnyer nampak kat n3 akak nie..
ramai org suker lamb.. tp ena masih blm cube lg mcm maner sebernarnyer rase lamb kak.. heh3x..

Zawiyah said...

ina, tetiba rasa teringin nak makan.
makan kat kedai tak puas.
smlm lepas makan, memang pening2 sket..hb terus tumbang jugak.
apa sebab ek?

Zawiyah said...

ena, kali ni nasib baik menjadi resepi cuba2 jaya ni.
try la masak lamb ni..rasa lain sket dari daging lembu.