Saturday, February 14, 2009
Sejak lepas operation on 19 Jan 2009 yang lepas, doc kesayangan sy sapa lagi kalau bukan Dr. Hanif nasihat supaya diet n exercise utk turunkan berat badan. Sebenarnya dah turun juga sejak lepas procedure tu. Cuma exercise tak berani nak buat lagi..takut dalaman belum sembuh sepenuhnya. Rabu lepas lak terima kunjungan dari beloved friend, Linda. Siap bawak salad lagi. Thanx ya Inda..walaupun mu sakit..dtg gak lawat aku yg dah sihat ni. Disebabkan salad yang Inda bawak tu simple n sedap..so CZa pun nak try jugak la buat..so jadi lah Salad Simple ala my style. Modified sket la resepi Inda tu..he heBahan-bahan:
Beberapa helai daun salad
Beberapa helai daun kubis
1 biji carrot
2 keping dada ayam
5 keping sosej ayam/daging jenama Ramly
Sos Thousand Island (disyorkan jenama Lady's Choice)
Sedikit garam dan lada hitam/lada sulah
Cara membuat:
1. Hiris kecil daun salad dan kubis, carrot disagat halus.
2. Gaulkan dada ayam dengan sedikit garam dan lada hitam dan kukus bersama dengan sosej.
3. Angkat sosej dan dada ayam dan disejukkan. Sosej dipotong bulat dan dada ayam dicarik-carik kecil.
4. Di dalam mangkuk besar, gaulkan kesemua bahan sayur dan daging.
5. Tuangkan sos thousand island semasa menghidang. Untuk lebih rangup, sejukkan sayuran di dalam peti ais utk seketika. Selamat mencuba!
Wednesday, January 14, 2009
Mood study punya la malas..tak tau pasai apa..tp mood masak lak menjadi2..ptg ni I masak mee hailam...td sms hubby tanya nak mee kari, mee kuah, mee hailam or mee sup. Hubby reply nak mee hailam..So taraaa...jadi la mee hailam hasil jalan2 ke alam maya ni.
Bahan-bahan:
1/2 paket mee kuning dibasuh dengan air dan ditos
1 keping dada ayam dipotong kecil
3 ekor sotong dipotong bulat
10 ekor udang saiz sederhana
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah dihiris dan digoreng utk dijadikan hiasan
Sayur-sayuran (sawi, kobis, cendawan tiram, carrot) dipotong
1 biji tomato dibelah 4
1 biji cili merah
7 tangkai cili padi hijau
1 sudu besar sos tiram, cili dan tomato dicampurkan bersama
2 sudu besar kicap
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam dan gula
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menumis
2 biji limau kasturi dan lada hitam (optional)
2 cawan air
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan daging ayam, goreng hingga masak.
3. Masukkan sotong dan udang. Setelah hampir masak, masukkan air.
4. Masukkan sos-sos yang telah disebatikan.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran (cendawan, carrot, kobis, sawi, cili merah, cili padi, tomato), mee kuning, kiub pati ayam, kicap, garam dan gula serta bancuhan tepung jagung.
6. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Perahkan limau kasturi dan taburkan serbuk lada hitam serta bawang goreng utk rasa yang lebih sedap.
Apa lagi...jom makan panas2. Sejuk nanti tak sedap. Selamat mencuba.
Tuesday, January 13, 2009
Selalunya pancake ni dimakan semasa breakfast. Tapi sebab baru dpt resepi ni dari myresipi.com. So apa salahnya mencuba. Memang senang nak buat pancake ni.
Bahan-bahan:
115 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar
25 gm butter
1 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu besar gula
sedikit garam
Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar. Kalau rajin boleh diayak.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan butter dan sebatikan dengan tepung.
4. Pukul telur dan masukkan dalam tepung. Masukkan susu segar dan kacau menggunakan whisk.
5. Panaskan non stick pan, sendukkan adunan pancake ke dalam pan.
6. Bila nampak gelembung2 pada pancake menunjukkan pancake sudah boleh diterbalikkan.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Sedia untuk dimakan dengan madu atau pun yang sewaktu dengannya.
Labels: MY MENU, Pencuci Mulut
Ha...menu ni CZa masak sebab tekak ni rasa nak je makan cendawan goreng...tapi ala2 sup gitu. Kebetulan diri ini on diet..so menu ni mmg cukup sesuai la dimakan sebagai ganti makan malam.
Bahan-bahan:
Cendawan tiram
1 ekor sotong
1 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit garam dan gula
1/4 kiub pati ikan bilis
Minyak untuk menumis
1 cawan air
Cara-cara:
1. Siang sotong, bersihkan, potong bulat.
2. Bersihkan cendawan, hiris serong cili merah, bawang putih diketuk, bawang merah
dimayang, tomato dibelah 4.
3. Tumis bawang putih dan bawang merah.
4. Masukkan sotong, bila dah masak boleh la dimasukkan cendawan.
5. Kemudian masukkan air, kiub pati bilis, garam, gula, cili dan tomato.
6. Angkat dan hidangkan.
* Kalau nak masukkan udang, sayur sawi, kobis pun boleh.
Ini menu favourite hubby. Pagi tadi hubby dah minta CZa buatkan. Selalu guna tepung segera. Tapi kali ni, CZa try menu dari http://www.myresipi.com/. Rasanya pun sedap..cuba la..
Bahan-bahan :
5-6 ekor sotong saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam/sulah
Cara-cara:
1. Siang dan bersihkan sotong. Potong bulat dan toskan air.
2. Gaul sotong dengan garam dan lada sulah.
3. Campurkan tepung gandum dengan serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga sebati.
4. Celupkan sotong ke dalam telur.
5. Salutkan sotong dengan tepung.
6. Panaskan minyak dan goreng sotong dengan api sederhana sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan di atas paper towel. Hidangkan panas2 sambil dicicah sos cili.
Labels: Makanan Laut, MY MENU
Sudah agak lama dapur CZa tu tak berasap...punya la malas...so ari ni tiba2 nak masak. Jadi rajinkan diri juga ke Econsave utk beli bahan2 utk dimasak. Abis gak dekat sblh tgn. So menu di awal tahun 2009 ini ialah :-
1. Sotong Goreng Tepung
2. Sayur Cendawan Goreng
3. Pancake
Friday, December 19, 2008
Sunday, November 9, 2008
Saturday, November 8, 2008
Hmmmm.....this week, CZa masak lasagna...he he.biru mata hitamku ni...
kenapa tiba2 teringin nak masak lasagna ni...hmmm..semua sebab my best friend Linda bgtau nak makan lasagna...so CZa try la masak...cari2 resepi kat Abg Mat Gebeww n Resepiogy tu...so guna kreativiti CZa..maka terhasil lah My Lasagna..sedap jugak la...ptg tu jugak antar 2 potong kat Linda...apa lg..suka la makcik tu..dpt makan lasagna ...he he. Hubby pun suka makan....Esoknya baru abissss....
Untuk sesiapa yang nak try boleh ikut resepi kat link ni -> http://resepiogy.blogspot.com/2007/09/lasagna-senang.html. Thanx to kak ogy. Tp CZa ada alter bbrp part jugak, ikut kreativiti masing2.
Ni Lasagna yg dah siap...kurang mengancam sket..sebab meat sauce tu belum kering sangat...mcm basah sket la..apa pun sedap dimakan..
Kepingan Lasagna...ada lagi stok..CZa guna 4 keping je ari tu..
Labels: MY MENU, Western Food
Sunday, November 2, 2008
Hari ni CZa teringin nak masak spageti bolognaise. Kebetulan sebelah petang tu hubby bawak pi Giant Seri Manjung, jadi terus beli barang2 untuk masak. Daging lembu cincang Ramly, spageti San Remo dan tomato. Sos Prego Traditional memang ada stok lg kat rumah. Last CZa masak spageti ni masak jamuan raya anjuran supervisor last 2 weeks. Ari ni malas nak taip resepi sebab masa terhad. Kalau ada masa CZa update lagi post ni.
Labels: MY MENU, Western Food
Sunday, October 26, 2008
This week CZa masak bihun singapore (petang Sabtu) and bihun goreng biasa (pagi Ahad). Resepi malas sket nak tulis. Anyway masakan simple je. Semua org boleh buat.
Hiasan bihun singapore ni is telur dadar yg dihiris. Got this recipe from Noni, mama Alya and Afieq. Thanx Noni! Sebelum ni tak expert buat ni. So skrg ni dah pandai.
Bihun goreng biasa ni lak CZa guna perencah bihun goreng Adabi je. So simple, yet sedap dimakan. Sesuai dimakan bersama keropok ikan, stok dari Kelantan. Hmm...so rindu la kat mek kat kg bila makan bihun goreng ni...rindu masakan mekkkkk...Sunday, October 12, 2008
Kat sini CZa letakkan few pictures yang boleh membantu rakan2 untuk mengenali bahan-bahan mentah yang sering digunakan dalam masakan seharian. Moga gambar2 ini juga dapat membantu suami tersayang CZa membeli bahan2 tersebut. Ok tak abang?
Halia 
Lengkuas
Kunyit
Serai
Labels: MY MENU
Bahan-Bahan :-
200g pasta apa2 jenis, direbus hingga lembut dan toskan (CZa guna makaroni)
1 tin sos spageti Campbell perisa tomato, basil and garlic (CZa guna brand Prego perisa Traditional)
1 biji bawang besar didadu (CZa guna bawang besar yang kaler oren sebab mmg selalu guna bawang ni)
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 biji cendawan butang segar/dalam tin dihiris (CZa guna 9 biji tomato ceri dibelah dua)
4 biji cili padi dihiris halus (CZa tambah cili merah dan cili hijau yg dihiris halus - optional)
1 tin tuna dalam tin ditoskan (CZa guna Ayam brand)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak zaitun (CZa guna minyak jagung je)
Sedikit hirisan daun kuchai (tak guna sebab takde stok)
Cara membuatnya : Ini cara CZa sendiri
Panaskan minyak jagung dalam kuali
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum
Masukkan sos spageti hingga mendidih
Masukkan tuna, makaroni, cili yang dihiris, tomato ceri, lada hitam. Gaul rata
Tambah sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Bila makaroni telah agak kering, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.









