Monday, June 8, 2009

Menu kali ini di'follow' sebijik2 dari blog Ujie, one of my sweetest friend now. TQ and credit to Ujie sebab sudi kongsi resepi dari dapur Chujie. Uniknya menu ini sebab menggunakan air asam jawa. Rasanya amat menepati selera.
Cara Ujie :
Goreng ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit. Angkat ayam. Goreng bawang besar, bawang putih dan cili merah yang dimayang halus. (Ujie, aku tambah hirisan cili padi sebab nakkan pedas). Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kicap. Akhir sekali, masukkan stgh cawan air asam jawa. Kacau sehingga agak kering dan bolehlah diangkat. Sesuai dimakan panas2 dengan nasi putih.

**To Ujie, lepas dah makan td, rasanya next time kena masukkan sedikit hirisan halia muda..sure lg best kan!**

3 comments:

chujie said...

ye..kdg2 aku letakkan juga halia..mayang halus2,cuma kalao budak2 tu tak berapa suka lah..tu yg ari tu aku x letak..

naqliyah said...

nak kena try jugak resepi ni .

Zawiyah said...

ina try la..mcm goreng kicap jugak..tp ada rasa masam2..pandai ujie create resepi ni. tp ore lg suka kalau tambah halia hiris nipis2..leh la kuarkan angin dalam badan.he he