Sunday, March 21, 2010
Salam hari Ahad semuanya, lunch kat mana ari ni? Kami lunch kat rumah aje. Menu pun cukup simple, saya masak paprik sotong+babycorn+bunga kobis+hirisan bunga kantan+daun limau purut, sayur kangkung goreng tanpa belacan dan ikan kembung goreng pucat (sebab kurang kunyit..hehe). Layan aje gambar2 kat bawah ni ya.
Labels: MY MENU
Thursday, March 18, 2010
Salam semua, entry kali ni pasal nasi ayam pula ya. Tengahari tadi lepas kelas around 11am, saya terus memecut balik ke rumah. Disebabkan hati masih berbunga2 untuk berjumpa si dia, jadi saya menyinggah ke Giant utk beli few things utk dimasak. Menu yang bermain2 dalam kepala is nasi ayam (hasil terjahan ke blog Syerah ptg semalam, thanx ya Dik) atau pun nasi tomato. Tapi masa tengah shopping tu, saya decided to cook nasi ayam buat suami tersayang. Method utk masak kali ni saya just follow step dari blog Syerah ni. Ada ubah2 sket cara masak nasi sebab saya tak guna rempah nasi ayam mak nyonya tu. Just tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang with mentega je. Then masukkan beras yg telah dibersihkan, kacau seketika dan masak dalam rice cooker.Maka terhasillah nasi ayam yang paling lazat di dunia so far..hehe. Maaf ya, terpaksa memuji diri sendiri sebab itu salah satu cara utk memberi penghargaan pada diri sendiri ya.
Ini pula sup kentang. Bila letak bawang merah goreng sendiri, lagi memberi keenakan pada sup ni.
First time buat sambal kicap utk nasi ayam, sebijik ikut cara Syerah. Memang best! Selamat mencuba ya!
Credit to Syerah sekali lagi kerana sudi berkongsi menu yg best ni.
Thursday, March 11, 2010
Menu ulang tayang, spageti lagi. Menu fav. saya dan hubby. Entry pendek je sebab byk keja perlu dibuat sekejap lg. Esok seawal 7am memecut ke kampus sebab ada kelas @9am.
Labels: MY STUDY, Pasta, Western Food
Sunday, March 7, 2010
Sudah lama tidak ke dapur utk acara masak2. Minggu lepas saya dan hb bercuti ke Swiss Garden, Kuantan. Sempat menziarah sahabat2 lama di Kemaman, Kerteh dan Kuantan. Percutian bertukar kepada jejak kasih sahabat lama. So, hari ini baru berkesempatan utk memasak. Menunya ialah nasi lemak special. Specialnya sebab ada sambal udang, tempe goreng dan kangkung celur. Berselera sungguh cik abg syg menjamu selera. Menu ni merangkap brunch dan dinner kami utk hari ni. Esok saya akan balik ke kampus utk study sebab Selasa akan ada test. Up till now, sy belum betul2 fokus utk study.
Wednesday, February 24, 2010
Assalamualaikum, apa khabar? Semoga semuanya dilimpahi rahmat olehNya sentiasa. Petang tadi buntu juga memikirkan apakah menu makan malam yang hendak dihidangkan buat suami. Hampir jam 5ptg, hb sms bertanyakan apa yang perlu dibelikan. So saya dgn pantasnya menaip list bahan2 yang perlu dibelikan. Sungguh gembira sebab saya tak perlu keluar membeli bahan2 tersebut. Bukan malas, tetapi saya masih fobia untuk me'reverse' kereta disebabkan incident seminggu yang lepas. Cuma insan2 tersayang je yang tau kisah itu. Hb sampai ke rumah dengan wajah yang ceria sebab berjaya 'menangkap' 2 ketul potongan ikan merah, sotong dan juga udang. Bahan2 asas memasak memang telah sedia ada.
Dipendekkan ayat, gambar di atas menunjukkan menu yang telah saya sediakan untuk dinner tadi dan semestinya syukur kerana telah mendapat pujian dari suami terchenta!! Ikan merah panggang (seasoned with grounded black pepper and salt) dan kerabu sotong+udang+tomato+carrot, eat without rice..simply delicious.
Tuesday, February 23, 2010
Tak tau kenapa rasa nak makan sardine roll ni. Mungkin kalau beli kat luar sure saya rasa tak puas hati bila memakannya. Selalunya intinya ciput je kan? Dan always byk bawang dari sardin, betul tak? Apa2 pun lg best kalau kita buat sendiri. Boleh letak inti sesuka hati. Sepatutnya menu ni utk breakfast, tapi sudahnya hb nak bawak pegi ofis. Saya lak nak bawak balik hostel, tp luckily tgh dok bersiap2 tu dpt sms bgtau kelas cancel. Jadi saya dengan suka hatinya dpt lepak2 kat rumah lg sambil menikmati sardin roll ini. Lepak2 juga, FB2 juga..tp sy tetap study sejam dua. Test is around the corner je ni.
Untuk tidak menghampakan sorang sahabat yang berada nuunn di Kudat sana, so sy rajinkan juga diri utk menaip cara2 nak buat sardine roll ni.
1. Tumis bawang besar+merah+putih yang dimayang halus.
2. Then masukkan tomato yg didadu (sila buang biji).
3. Masukkan sardine in tomato sauce (cap Ayam). Brand lain sy kurang percaya. Hancur2kan ikan. Bagi bukan pemakan sardin, boleh gantikan dengan tuna chunk.
4. Masukkan sedikit garam, sos tomato dan serbuk lada hitam.
5. Masakkan inti sehingga hampir kering. Kalau tak kering nti keluar airnya masa kita goreng. Tak cantik ya puan2. Then sejukkan inti tu.
6. Ambil beberapa keping roti putih brand Gardenia, then gelekkan guna kayu penggelek sehingga nipis. Utk setin sardin saiz sederhana, sy dpt buat 13 biji sardine roll.
7. Masukkan inti dan roll kan kepingan roti tersebut. Last roll tu letakkan bancuhan tepung gandum+air. Tujuannya utk melekatkan supaya gulungan tak terbuka semasa menggoreng.
8. Panaskan minyak, then goreng guna api sederhana. Sedia utk dihidangkan dan memang best dimakan panas2!
P/s: Saya tak celup dalam telur, sebab nak kekalkan rasa asli roti tersebut. Selamat Mencuba!!
Ini pula sosej roll yang sy buat bbrp hari lepas. Saja sekalikan entry sebab method lebih kurang sama, cuma gantikan inti dengan soses yang direbus seketika. Next sy teringin nak buat banana roll pulak. Mcm best je..harus cari pisang berangan ni.
Wednesday, February 3, 2010
Maafkan tuan rumah kerana sudah lama tidak buat entry pasal masakan kerana tuan rumah sibuk bercuti2 Malaysia (ke Sg Petani dan Fraser's Hill). So hari ni saya updatekan menu dinner semalam, home made burger. Lebih tepat, daging burger buat sendiri. Roti minta mr. hb belikan lepas beliau balik dari keja. Alkisahnya pg smlm 8.40am bertolak ke kampus for kelas 11am-1pm. Sampai sana jam 10.30am, sempat la rehat jap before kelas. Right after kelas, terus memecut balik Manjung, ingat nak stop kat R&R Semanggol for lunch, tapi tak jadi. Then ada roadblock lepas R&R tu..so jalan quite slow. Nasib baik my AGS selamat. Sampai Manjung around 3pm, terus ke Billion utk beli bahan2 masak sebab perut dah lapar sgt (nak beli mcm tak tau nak makan apa). Balik rumah start prepare utk masak. Utk minum petang, sy buat cek mek molek. For dinner burger aje la. Hb sampai makan 2 ketul burger. Sian lak tgk sebab sy mmg kurangkan masak nasi sekarang.
Utk share cara buat daging burger sendiri, idea sendiri lepas tgk rancangan2 memasak kat TV.
Bahan2:
Daging lembu kisar (Ramly)
Bawang Holland (potong dadu halus)
Daun bawang (hiris halus)
Lada hitam ditumbuk
Sedikit garam
Cara2:
1. Gaulkan kesemua bahan2, buat bulat2 mcm daging burger. Then masukkan dlm peti ais sekejap.
2. Kemudian grill atas non-stick pan (tak perlu guna minyak).
3. Balik2kan daging, bila hampir masak tuangkan sos lada hitam (sy guna Life).
4. Angkat dan sedia utk dihidang bersama roti burger (Gardenia), salad, timun dan tomato.
Labels: MY MENU, Western Food
Monday, January 18, 2010
Ptg ni saya masak udang goreng oat khas utk hb berbuka puasa. Sejak akhir2 ni, mr. hb rajin puasa sunat Isnin dan Khamis. Resepi asal saya amik dari Rinnchan, boleh klik di sini. Sos tu sy guna sos cili thai. Sedap juga resepi ni. Lain kali boleh buat lg.
Labels: Makanan Laut, MY MENU
Menu dinner td tapi dimasak awal lg utk lunch saya dan dinner with hubby.
Resepi asal saya dapat dari sini. For lunch saya makan ayam teriyaki ni dengan nasi dan baby kailan yang dicelur. Ok lah utk mengalas perut di tghr. Makan sorang2 mcm ni la. Mr. Hb mmg tak suka balik lunch kat rumah masa dia keja, lgpun Isnin selalunya dia puasa.Yang ini utk lunch saya td.
Ini pun menu minggu lepas, bihun sup. Tetiba je nak makan bihun sup ni. Masakan biasa2 je sebab nak menghabiskan stok2 sayur mayur dalam peti ais tu. Harap maaf ya jika entry saya dalam blog ni kebanyakannya is masakan2 dari my humble kitchen itu. Sebabnya tuan punya blog ini memang hobinya masak dan makan. Dah rutin seorang isteri utk memasak utk suaminya. Kalau saya rajin, sy akan snap gambar sblm makan, dan jika saya terlebih rajin, sy akan postkan kat blog saya ni.
Saturday, January 16, 2010
Semalam masa pegi Giant, hati teringin nak makan maggi (kenapa semua jenis mee ni dipanggil Maggi ya, wpun jenamanya is Mamee, Cintan ke apa ke). Saya lebih suka Mamee sebab mee nya yg lebih sedap compare to Maggi. So balik rumah, terus ke dapur dan masak menu kegemaran ni. Saya pun dah lupa bila last makan menu ni. Rasanya sejak sambung belajar ni kot saya tak makan mee. Cara masak tak perlu la sy war2kan kat sini sebab rasanya semua org pandai masak mee ni. He he..rindu zaman kanak2 riang dulu, main masak2.
Untuk dikongsi bersama, make sure korang rendam mee tu dgn air panas dulu ya selama bbrp minit. Then toskan, baru masak semula sama ada nak rebus atau goreng. Panduan berguna ni ada dalam entry saya sebelum ini.
Kali ni chicken grilled with black pepper sauce. Cara nak prepare sama je dgn resepi lamb grilled sblm ni.
Labels: Ayam, MY MENU, Western Food
Thursday, January 14, 2010
Bahan2:
Daging kambing (saya beli yg frozen dah siap potong)
Utk perap :
Tumbuk lada hitam, halia, bawang putih dan sedikit garam. Then tuang olive oil dan lumurkan pada daging kambing. Perap selama 3-4 jam. Then panggang (saya guna fancy grill yang dibeli dari En. Taher Mado)
Utk sos lada hitam:
Tumis bawang putih (ditumbuk kasar) dan bawang besar Holland (dipotong dadu) - saya guna sedikit Buttercup dan olive oil utk menumis. Bila dah brown, masukkan lada hitam yang ditumbuk halus. Then masukkan lebih kurang 2 cawan air, kiub pati ayam, sos lada hitam (saya guna brand Life), sos tomato, garam dan gula. Masakkan sos hingga pekat (petua nak pekat, renehkan dengan api yang kecil).
Tuang sos atas daging kambing yang telah siap dipanggang. Utk side dishes tu, terpulang kat kat korang semua ya. Saya cuma grilled few types of vegetables, and buat coleslaw (carrot + cabbage).
Selamat mencuba dear friends!
Labels: Daging, MY MENU, Western Food


